Tuesday, October 28, 2008

QS MENGIRA LAGI, PART 2

Salam.

Sebelum ini aku selalu mengkritik dan mengetengahkan pendapat aku tentang pelbagai perkara yang berlaku dlm Negara kita dan kadang-kadang menyentuh hal-hal politik yang sedang bergolak dan kadang-kadang menyentuh tentang masalah yang ditanggung masyarakat dan hal yang seangkatan dengan nya, tp itu hanyalah sekadar insan kerdil yang peka terhadap isu-isu semasa, walaupun bukan dari golongan atasan tp mungkin luahan rasa peringkat akar umbi inilah yang perlu diambil perhatian .

Post kali ini , aku akan beralih angin untuk menulis berhubung dengan teknik mengharga kan kerja-kerja pembinaan dinding bata yang perlu dimiliki oleh setiap kontraktor atau penganggar bangunan. Walaupun teknik dianggap remeh dan selalunya kontraktor hanya meletakkan harga pukal tp setidak-tidaknya perlu mempunyai sedikit kemahiran terutamanya jika berlaku fluctuation harga dan boleh dijadikan asas rundingan harga semasa proses perbincangan untuk mendapatkan agreed rate.

Description
Common brickworks in clay bricks in cement and sand (1:6) : -
113mm thk brickwall reinforced with exmet at every fourth course (m2)

a) maklumat kerja
1. Kerja bata daripada tanah liat
2. Motar 1:6
3. 113mm tebal dinding
4. Exmet pada setiap lapisan ke-4

b) kos kerja bata / buruh – 1 x tukang bata, 1 x buruh Am
RM 7.50/m2

c) Kos bahan (assump)
1. bata – RM 0.50/pcs
2. simen – RM 16.00/beg(50KG)
3. pasir – RM 140/lori
4. Exmet – RM 24/gulung (100’)

d) Pengiraan Kadar Harga
1. Bata (1ms = 62 biji)
RM 0.35 x 62 biji = RM 21.70

2. Simen ( 1m2 = 6.86kg )
(RM 16.00 x 6.86kg) / 50kg = RM 2.20

3. Pasir ( 1m2 = 0.04MC )
(RM140 x 0.04) / 5MC = RM1.12

4. Exmet ( 1m2 = 3 layer )
( RM24 x 3.281 x 3 layer ) / 100kaki = RM 2.36


JUMLAH = 1 + 2 + 3 + 4 ( RM 27.38 )

Pembaziran (katakan 5%) = (RM 27.38 x 5%)
= RM 1.37

Kos kerja = kos upah + kos bahan + pembaziran

= RM 27.38 + RM 6.5 + RM 1.37
= RM 35.27

Profit ( katakan 20 % ) = (RM35.37) X 20%
= RM 7.00

Maka harga kerja bata bagi 1m2 = Kos kerja + profit
= RM 42.27 @ RM 42.50

Nota : -

- Bagi dinding yang menggunakan exmet, harga agak tinggi berbanding dengan dinding biasa.
- Untuk mendapatkan harga semasa , sila tukar kan rate bahan dan upah seperti mana keadaan semasa.
- Pengiraan ini hanyalah alternative kepada pengiraan sebenar yang memerlukan QS membuat rujukan secara terperinci . Just untuk asas kontraktor
Post yang berikutnya, aku akan menulis bagaimana pengiraan sebenar yang diamalkan oleh QS untuk membuat pelarasan harga sebelum kontrak kontraktor disetujuterima (award)

Selamat mencuba…………….



Friday, October 24, 2008

DIBELA ATAU DITENDANG

Salam

Rindu benar aku untuk menulis, idea ada tp mood pulak yang tiada menjadikan aku agak malas nak menulis, , Lepas Solat jumaat td terdetik aku untuk menekan kakunci Komputer Riba Jenama ACER Aspire 4925 untuk meng update blog aku ni….

Post kali ini , aku terpanggil berhubung dengan isu hampir 50 ribu pekerja yang bekerja dengan kerajaan secara kontrak mungkin tidak akan disambung kontrak tahun akan datang. Huhu jika ianya benar-benar terjadi, bagaimanalah nasib akan menimpa golongan ini terutama bagi pekerja level bawah yang begitu cemas sekarang ini dengan masalah kenaikan harga minyak. Bagaimanalah hendak membayar yuran anak yang bersekolah, bayaran beli kenderaan , dan kemudahan asas yang lain.

Kalau dipikirkan ,memang senak perut dibuatnya. Tp jika bagi suami isteri yang bekerja ,mungkin masalah ini sedikit terbendung kan. Sila teliti sedikit pengiraan aku dibawah ini secara kasar ………

Katakan Jumlah gaji pekerja yang berkeluarga peringkat pekerja bawahan :

Suami (pekerja AM) : RM 750.00
Isteri ( pekerja AM) : RM750.00

Maka jumlah yang akan terkumpul menjadikan RM1500.00


Walaubagaimanapun diselangor, Ketua Pembangkang baru2 ni menemplak kenyataan MB Pakatan Rakyat baru negeri itu yang mengatakan garis kemiskinan di selangor diletakkan diparas RM 1500.00 , adakah had tersebut wajar?Atau hanya untuk memberi gula-gula kepada mengundi sebagai penyedap manifesto yang aku anggap sebagai cakap tidak serupa bikin. mengapakah paras dibawah had tersebut dijadikan kayu pengukur???????

Tapi yang jelas masing2 telah membuat berbagai andaian dan analisa yang dijadikan sandaran kepada hujah masing.

Berbalik kepada masalah kakitangan kerajaan yang masih diikat secara kontrak , mmg meresahkan, Mak aku pun merupakan salah seorang kakitangan kontrak selama hampir 27 tahun, jawatan mak aku lebih dikenali sebagai PM , hahaahahaha tp jangan lah terkejut beruk sangat, PM yang aku maksudkan itu bukan lah Perdana Menteri Atau pun project manager , tp pemaju masyarakat kemas (cikgu tadika kemas ) . Walaupun sudah berpuluh tahun dan mendapat gaji hampir RM 2000.00 tp masih tidak diserap sebagai tetap. Huhuhu mesti sedih kan. Sudah ribuan kanak-kanak diajar mengenal tulis baca tp masih tergolong sebagai pekerja kontrak, Anytime boleh ditendang begitu saja,

Aku harap kerajaan akan menimbangkan untuk menyerap kakitangan kontrak ini sebagai pekerja tetap supaya skim pencen dan perlindungan dapat dinikmati dan aku percaya MP pencan , orang negeri aku yang aku sanjung yang akan memimpin Negara pada MAC tahun 2009 kelak dapat membela rakyat , agama dan Negara.

Pertimbangkan lah demi Bangsa Melayu , tunggak Negara yang beragama Islam ini.

Friday, October 17, 2008

PENUH TANGKI !!!!!

Salam..
Heee lega sikit aku melihat kadar minyak petrol sudah sedikit turun,
Td br aku temankan kawan aku mengisi minyak, biasanya dia isi minyak RM5.00 , blh lah tahan dlm masa 4 hr pergi blik kuliah, tp aku sedikit suka disebabkan tangki motor kriss nya hampir penuh mendekati lubang bibir tangki, walaupun motor kriss tu dia punya, tp aku agak tumpang gembira sbb motor tulah yg aku tumpang dek kerana ketiadaan motor, heeeee
Kalau sblm harga minyak turun , huhuuh terbeban lah jugak , bukan apa kalau isi minyak dlm lingkungan rm 5.00 tu mcm 1/3 jer tangki . huhuhu azab sungguh ketika itu,nak berjalan@ meronda-ronda sekitar johor pun terpaksa dibantutkan , save budget katakan.
Tp biarpun harga minyak pasaran dan juga harga minyak negara kita semakin merudum tp harga barang still maintain tinggi , sedih aku ,suma naik, sampaikan air teh O pun blh naik , cekit darh btl peniaga ni, bermacam2 alasan diketupatkan ,
Nk kita ,sumpah seranah @ jampi serapah boikot jgn mentedarah kat kedai yg jual makanan mahal, mmg sampai kiamat harga x turun. AKu harap kerajaan perlu syorkan satu mekanisma untuk menurunkan harga barang terutamanya barangan perlu yang memang diperlukan oleh rakyat malaysia.
Aku ada terdengar pepatah org tua yang menyebut
"Jika ada duit yang boleh membeli 2 gantang beras
jgn lah kita berbelanja seperti mampu membeli 2 lori beras"
Kesimpulannya - perancangan dan belanjawan yang baik akan menjadikan kita lebih berwaspada dan menempuh disaat - saat genting

Thursday, October 16, 2008

ORANG KAMPUNG BANGKIT BERTAPA

Salam kepada semua,
Orang Kampung Kembali menulis………………………………..


Ni adalah post terbaru selepas post terakhir aku pada 24 hb September 2008.

Bukan aku x der masa atau aper tp yang pasti perasaan malas dan jemu aku untuk menulis sepanjang time tu , Dan hambatan kepada perasaan untuk beraya menyebabkan bidang penulis blog itu menjadi benda kedua selepas hari raya.

Maklumlah hamper 1 ½ bulan aku tidak menjeguk keluarga menyebabkan perasaan kampung bermain2 dalam benak mindaku. Anak kampung mmg merindukan suasana kampung , biarlah org selalu memandang enteng masyarakat kg tp zaman telah berubah , kampung telah maju. Hehehe

OOOh sblm aku terlambat , ingin ingin menyucapkan selamat berhari raya ,maaf zahir dan batin kepada kawan mahupun lawan , kiranya o-o lah yer.