DUA minggu yang penat bagiaku sem ini, bermula dari teknologi binaan, inggeris, pengurusan projek amalan ikhtisas dan yang terakhir adalah economi pembangunan. Sedikit lega dapat bercuti tetapi tidak pula bersungguh pulak nak balik ke kampung. Kaedah mengulangkaji bagi final exam kali ini agak berbeza dari final yang sebelum2 ini. Terdapat berbagai ragam untuk mengulangkaji. Ada yang secara berseorangan, berstatus duo , group study dan banyak lagi. Tapi aku pulak sedikit lain, entahlah tapi kalau yang paling ideal bagiku adalah dengan cara berkumpulan.
Berikut adalah beberapa cara yang paling tidak senonoh untuk mengulangkaji yang telah ku kaji selama beberapa saat yang lepas iaitu:-
a) Ahli yang terlibat perlulah tidak semuanya taiko, sebab kalau suma taiko tidak ada pulak perbincangan.
b) Seelok2nya ada dua orang yang amat pakar supaya jika ada kemuskilan maka perdebatan akan berlaku.
c) Nota perlu ada terlebih dahulu, jika nota dalam BI , kena ada seorang yang pakar dalam selok belok menterjemah dalam bahasa melayu supaya tidak timbul salah paham, bagi ku nota dalam bi lebih mudah untuk difahami.
d) Bilik atau kawasan untuk perbincangan perlu mempunyai sistem pengudaraan dan pencahayaan yang baik supaya lebih selesa.
e) Buat peta minda ketika mencatat nota kerana jika menyalin nota bulat2 input kurang.
f) Banyakkan persoalan dan pikir secara lebih kritikal.
g) Adakan minuman dan makanan ringan tp kalau yang merokok, elakkan merokok dikawasan perbincangan, menyebabkan kawan lain terbatuk.
h) Bincang tajuk dari awal supaya urutan sukatan pelajaran ada kaitan.
i) Bagi subjek yang tidak ada tip dr guru atau lecturer, bagus kiranya study berkaitan dengan pengiraan dan diikuti dengan prosedur
j) Bagi soalan yang melibatkan Kemahiran Berfikir secara Kretif dan Kritis(KBKK) setiap ahli buat huraian dan kawan yang lain semak sama ada betul atau tidak.
k) Elakkan dari kawan lain yang lebih pakar menyertai perbincangan group anda bagi mengelak anda tersaiko.
l) Jangan berbincang lebih dari 1 jam, baiknya rehat sebentar bagi mengelak stress
m) Tengok semula soalan lepas bagi mendapatkan hint soalan yang akan dijawap
n) Jangan membaca nota budak lain kerana menyebabkan anda terpesong dari tajuk subjek tersebut
o) Olah sendiri nota anda mengikut kretiviti kumpulan
p) Jangan terlalu mengharap tip dari lecturer kerana menyebabkan anda ambil mudah soalan dan malas nak tekankan bab lain ( ini hanya sesuai untuk beberapa subjek sahaja)
q) Jika anda tergolong dari golongan agak bodoh, jangan buat2 pandai, kena cari orang yang pandai untuk tunjuk ajar
r) Kepada yang pandai pula jangan pula kedekut ilmu, cuba samppaikan kepada kawan2 yang kurang kerana menambah ingatan anda ( jangan kedekut ilmu)
s) Jangan memandang rendah kebolehan orang lain kerana pandai adalah satu kemahiran yang subjektif.
t) Kepada kawan-kawan yang ada nota tambahan, sila kongsi dengan kawan.. Sesungguhnya kongsi mengkongs adala untuk kebaikan bersama.
u) Terdapat kawan yang lemah berkaitan pengiraan tapi handal berkaitan pengiraan, cuba saling bantu membantu
v) Jangan melihat markah terkumpul dari lecturer kerana jika anda mendapat markah rendah. Moral anda akan jatuh menjunan dan jika tinggi pula akan menyebabkan anda riak dan ambil sambil lewa.
w) Kepada kawan2 yang study last minit, aku syorkan buat perbincangan kerana ini lebih memudahkan penghafalan
x) Jika boleh tulis pada white board atau kalau yang kaya boleh guna LCD untuk catat hasil perbincangan.
y) Seeloknya jangan tidak tidur langsung. Elok walaupun 15 minut pada hari exam kerana jika tidak menyebabkan anda blurrr.
z) Dan terakhir, jangan bawa toyol dalam dewan peperiksaan, tidak elok,,, huhuh
Ini adalah sedikit tip yang aku amalakan .. Syukurlah apa yang anda dapat, jangan anda iri hati atas kecermerlangan orang lain,, sesungguhnya
DARJAT SESEORANG ADALAH MENURUT USAHANYA