QS MENGIRA LAGI
Post kali ini, aku ingin mengetengahkan tentang tajuk anggaran kos untuk sesebuah projek pembinaan. Untuk makluman semua , industri pembinaan ini adalah satu industri yang sesetengah orang mendefinisikan sebagai unik serta mencabar. Salah satu cabang kepada industri pembinaan adalah mengenai kaedah penganggaran kos. Ianya juga bergantung kepada jenis dan bentuk projek yang akan dibina.
Sebab yang utama adalah untuk mendapatakn kos yagn paling munasabah dan menguntungkan antara klien dan juga kontraktor perlaksana. Kadang – kadang penggaran kos yang dilakukan oleh QS dengan kontraktor agak berbeza dan juga penganggaran yang dilakukan oleh Jurutera juga agak berbeaza dengan QS. Mengapakah ini terjadi dan adakah asas ahli professional ini berlainan ataupun tujuan adalah berbeza – beza???.
Ok,aku akan menerangkan serba sedikit beberapa perbezaan cara pengiraan seorang QS dan Kontraktor bagi kerja penggalian tanah :
Bagi seseorang kontraktor kerja menghargakan kerja-kerja pengorekan RM/1m3 perlu dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelak kerugian jika terndernya disetujuterima, kerja pengorekan ini akan memberi gangguan kepada aliran tunai kontraktor kerana sumber kewangan terhad pada permulaan sesebuah projek,
Maklumat :
1) kerja penggalian peparit/lubang asas dan bawa keluar
2) Jenis jentera : Excavator
3) Kemampuan kerja bucket : 0.90 x 0.90 x 0.90 x 25nos @ 18.23MC per hari
4) Sewa per hari : katakan RM350
5) Jumlah tanah perlu dikeluarkan : 300MC
Oleh itu, maka : -
RM 350.00 / 18.23MC = RM19.20/MC
300MC X RM19.20/MC = RM 5760.00
Katakana keuntungan 10% = RM576.00
Maka : tender price = RM6336
Persolannya adakah pihak Kontraktor menambah kos bawa excavator ketapak, jika tidak kerugiaan akan lebih ketara dialami oleh kontraktor.Dan juga kontraktor tidak menghargakan pengangkut bawa keluar tanah .
Atau
Kita kena menghargakan kerja ini berdasarkan hari
Contoh adalah seperti berikut
1 hari kerja memerlukan 1 excavator dan 2 lori pengangkut
Kos sewa :
1 nos excavator per hari : RM 350.00
2 nos lori RM320 @ 2 nos : RM 640.00
Kos per hari : RM 990.00
300MC/18.23MC per hari ( excavator ) = 16 hr @ RM990.00 ( RM15,840.00 ) ( kena berdasarkan hr dan mengambil kita berapakah output semua jentera diatas per hari )
perhatian kos sewa loader perlu ditambah jika jarak tapak ke pusat penyewaan jauh , kadar sewa berlainan dan kadar sewa agak tinggi jika keadaan tapak dan jarak yang jauh.
Nota :
a) Kecekapan buruh – penggunaan masa dan jumlah bahan yang akan digunakan
b) Jenis Buruh – buruh tetap @kontrak
c) Penggunaan peralatan @ jentera – cepat atau lambat ( ambil kira luarjangka cth rosak atau hujan
d) Keperluan bahan binaan – keboleh dapatan , senag diperoleh atau jarak sewaan jentera ke tapak.
e) Semua logi biasanya termasuk upah operator pengendali
f) Jika jentera telah melaksanakan kerja ½ hr dan hujan turun maka kadar sewa tetap diambil kira sebagai 1 hari penuh
Cara kontraktor menghargakan kerja penggalian adalah berbeza -beza bergantung kepada skill dan ketereeeran seseorang heheheh
jika ada kaedah lain sila bagi bagi cadangan
Menjaga Kerahsiaan: SULIT DAN PERSENDIRIAN
4 days ago