PART 1
Huhuh , kalau waktu malam gini , sunyi je kan waktu orang beristirehat, kalau org tua mmg dah nk masuk tido time gini tapi ,bg anak muda remaja mcm aku ni manalah biasa nk tido awal , hehe
Semalam aku ade gak tertengok berita, apa dah jadi ngan politik Malaysia ni , tp mls lah nk menulis pasal politk ni bosan ,, balik2 isu rampas kuasa , ari ni aku nk bincang psl lainn pulak lah, ape kata kite pikir psl tempat bersejarah plak, tp just di jajahan pahang je lah,
Kalau kita tgk mmg banyak yg blm kite teroka kan, tidak semua yang aku boleh coretkan.
Satu yg agak unik ialah dr segi alam sekitar, budaya dan seni
Keistimewaan tempat
1) Lata Manau – haha mmg org luar x tau kat mana lata manau kan ( terletak 14km dr pecan kuala krau, terletak di kg paya sok, agak cantik dan kemudahan disediakan seperti jalan raya berturap ( jenis macadam) , surau, tempat salin pakaian dan lain , diketuai oleh ketua kg tompat mail , sila lah dating.
2) Gunung senyum – kalau nk tau byk peningalan yg boleh diperoleh , kalau nk gi ke sana boleh menaiki jalan raya dan kalau nk lebih cepat blh lah naik bot penambang ke rumpun makmur, ,mungkin hujung thn ini jambatan kuala krau akan siap , kos lebih RM 60 juta ,suma tu pun atas berkat yb adu jenderak dan yb parlimen. Pemandangan mmg cantik
3) Taman Negara ( terletak di jerantut) – tersohor di luar dan dlm Negara , blh melakukan berbagai aktiviti , contoh menaiki jambatan gantung Canopy walk way, menyusuri sg tahan dgn bot panjang tembeling.Kalau nk tau lbh lanjut hubungi pusat perlancungan pahang. Mmg tersohor gile lah dan yg agak unik boleh melawat suku kaum orang asli batek yg tinggal masih secara nomad.
4) Kg bukit Ketupat , nama pun dh lawak kan iaitu sejenis makan tradisional. Disana blh melawat kubur kerabat sultan ( aku pun kurang tau kat sana ) tp yg pasti mmg ade peniggalan sejarah kat sn , aki aku asl jati kg bukit ketupat sblm berhijrah ke Kg kuala Mai yg aman dan makmur
5) Mentakab – mmgkin ramai yg x tau apa keistimewaan mentakab kan , kalau nk tau mentakab ni mmg terkenal dengan pusat semenanjung Malaysia, disana ada dibina batu tanda yang didina zaman penjajah.
6) Homestay- ada di jengka – yg aku tau Jengka 25 mmg selalu ambik anak angkat. Kalau nk tau cr potong sawit @ chock sawit bleh melawat kesana. Rodong kawan pun ramai kat sana.
7) Temin – ade perusahaan membuat tembikar dan kraftangan. Mmg terkenal seantero jerantut, temerloh dan jajahan sekitar.
8) Pulau Tawar – juga di jerantut, ada kubur pahlawan melayu, Mat Kilau, JGN X TAU ,PENDEKER DI PAPALEH HEBAT LAH WEEEH...
Untuk keistimewaan yg lain akan menyusur kemudian, mungkin byk lagi yang unik AKAN MENYUSUL , kalau ade cadangan kongsi ngn aku mungkin aku terlepas pandang
KkkK selamat bersahur aku ucapkan, pose jgn x pose yeee
Hospital Kluster Pahang Timur
1 year ago
4 comments:
stahu aku ko lah orang yang tido awal... kekadang tu kul 8@9 malam da tido, nak2 lagi time bulan puasa gini. Reality nya ko memang tido awal lah.. awal dari aku. Huh..
Maju la pahang pasni...
Ada kempen melawat pahang dalam blog aok...
woi, ulu cheka?
tu yg masalah nye , ulu cheka tu aku kurang pasti laah abg mi, tp kalau kg cengkenik tu pun lawak jugak , maybe aku kn call membe kat sn nanti
Post a Comment