Friday, October 24, 2008

DIBELA ATAU DITENDANG

Salam

Rindu benar aku untuk menulis, idea ada tp mood pulak yang tiada menjadikan aku agak malas nak menulis, , Lepas Solat jumaat td terdetik aku untuk menekan kakunci Komputer Riba Jenama ACER Aspire 4925 untuk meng update blog aku ni….

Post kali ini , aku terpanggil berhubung dengan isu hampir 50 ribu pekerja yang bekerja dengan kerajaan secara kontrak mungkin tidak akan disambung kontrak tahun akan datang. Huhu jika ianya benar-benar terjadi, bagaimanalah nasib akan menimpa golongan ini terutama bagi pekerja level bawah yang begitu cemas sekarang ini dengan masalah kenaikan harga minyak. Bagaimanalah hendak membayar yuran anak yang bersekolah, bayaran beli kenderaan , dan kemudahan asas yang lain.

Kalau dipikirkan ,memang senak perut dibuatnya. Tp jika bagi suami isteri yang bekerja ,mungkin masalah ini sedikit terbendung kan. Sila teliti sedikit pengiraan aku dibawah ini secara kasar ………

Katakan Jumlah gaji pekerja yang berkeluarga peringkat pekerja bawahan :

Suami (pekerja AM) : RM 750.00
Isteri ( pekerja AM) : RM750.00

Maka jumlah yang akan terkumpul menjadikan RM1500.00


Walaubagaimanapun diselangor, Ketua Pembangkang baru2 ni menemplak kenyataan MB Pakatan Rakyat baru negeri itu yang mengatakan garis kemiskinan di selangor diletakkan diparas RM 1500.00 , adakah had tersebut wajar?Atau hanya untuk memberi gula-gula kepada mengundi sebagai penyedap manifesto yang aku anggap sebagai cakap tidak serupa bikin. mengapakah paras dibawah had tersebut dijadikan kayu pengukur???????

Tapi yang jelas masing2 telah membuat berbagai andaian dan analisa yang dijadikan sandaran kepada hujah masing.

Berbalik kepada masalah kakitangan kerajaan yang masih diikat secara kontrak , mmg meresahkan, Mak aku pun merupakan salah seorang kakitangan kontrak selama hampir 27 tahun, jawatan mak aku lebih dikenali sebagai PM , hahaahahaha tp jangan lah terkejut beruk sangat, PM yang aku maksudkan itu bukan lah Perdana Menteri Atau pun project manager , tp pemaju masyarakat kemas (cikgu tadika kemas ) . Walaupun sudah berpuluh tahun dan mendapat gaji hampir RM 2000.00 tp masih tidak diserap sebagai tetap. Huhuhu mesti sedih kan. Sudah ribuan kanak-kanak diajar mengenal tulis baca tp masih tergolong sebagai pekerja kontrak, Anytime boleh ditendang begitu saja,

Aku harap kerajaan akan menimbangkan untuk menyerap kakitangan kontrak ini sebagai pekerja tetap supaya skim pencen dan perlindungan dapat dinikmati dan aku percaya MP pencan , orang negeri aku yang aku sanjung yang akan memimpin Negara pada MAC tahun 2009 kelak dapat membela rakyat , agama dan Negara.

Pertimbangkan lah demi Bangsa Melayu , tunggak Negara yang beragama Islam ini.

1 comment:

Redz da Tsar said...

sedih kenangkan pekerja kontrak...tp jgn riso... guru KEMAS takde masalah.... Dah dijamin oleh menteri... hhe...

Tentang RM1500 kire miskin tue au rase agak logik la... Bukan ape, RM1500 dah kira tak cukup dah nak hidup dengan biase... Barang2 dah naik, selamat minyak turun sket...