Friday, October 17, 2008

PENUH TANGKI !!!!!

Salam..
Heee lega sikit aku melihat kadar minyak petrol sudah sedikit turun,
Td br aku temankan kawan aku mengisi minyak, biasanya dia isi minyak RM5.00 , blh lah tahan dlm masa 4 hr pergi blik kuliah, tp aku sedikit suka disebabkan tangki motor kriss nya hampir penuh mendekati lubang bibir tangki, walaupun motor kriss tu dia punya, tp aku agak tumpang gembira sbb motor tulah yg aku tumpang dek kerana ketiadaan motor, heeeee
Kalau sblm harga minyak turun , huhuuh terbeban lah jugak , bukan apa kalau isi minyak dlm lingkungan rm 5.00 tu mcm 1/3 jer tangki . huhuhu azab sungguh ketika itu,nak berjalan@ meronda-ronda sekitar johor pun terpaksa dibantutkan , save budget katakan.
Tp biarpun harga minyak pasaran dan juga harga minyak negara kita semakin merudum tp harga barang still maintain tinggi , sedih aku ,suma naik, sampaikan air teh O pun blh naik , cekit darh btl peniaga ni, bermacam2 alasan diketupatkan ,
Nk kita ,sumpah seranah @ jampi serapah boikot jgn mentedarah kat kedai yg jual makanan mahal, mmg sampai kiamat harga x turun. AKu harap kerajaan perlu syorkan satu mekanisma untuk menurunkan harga barang terutamanya barangan perlu yang memang diperlukan oleh rakyat malaysia.
Aku ada terdengar pepatah org tua yang menyebut
"Jika ada duit yang boleh membeli 2 gantang beras
jgn lah kita berbelanja seperti mampu membeli 2 lori beras"
Kesimpulannya - perancangan dan belanjawan yang baik akan menjadikan kita lebih berwaspada dan menempuh disaat - saat genting

3 comments:

kad0k. said...

harga minyak turun..harap semua harga barangan jugak turun. dulu..masa mula2 harga minyak naik jadi 2.7..full tank jd rm120 dari rm80...alahaiii

Redz da Tsar said...

Huhu...
Itulah yang aku panas...
Bila minyak naik melampau, barang ikut naik...
Bila minyak turun,
barang tak turun2...
siot la...

l.i.f.e said...

haihhh...tak banyak bezanya pun
ada kawan yg pernah duduk jepun cerita. harga makanan di sana sama seperti 10 tahun dulu, walaupun harga minyak petrol telah naik berganda2. sebenarnya, kaitan langsung antara harga barang dgn pengangkutan sangat sedikit. tapi itu cerita lain lah