Monday, December 15, 2008

KISAH LALU MASIH MENYENGAT

Banjir area temerloh telah berlalu, sekarang cuaca bertambah ok dan dataran pekan sehari kuala krau telah surut dan Aku kira size huruf 25 agak2 aku jelas terpampang tajuk REZEKI MUSIM TENGKUJUH

Dengan flashback ketika aku mengaji di kelate dulu aku kenal benar jalan MAchang -Tanah Merah yang menjual pelbagai jenis ubi, dan aku mengagak memang rezeki time banjir memang berkali lipat berbanding hari biasa yang mana orang kuat makan time sejuk2 dan asyik bertapa di rumah,

Aku pun meneliti berbagai nama ubi yang ada , ubi kayu , ubi kemili , ubi keling, ubi kentang dan tidak kusangka ada lagi nama ubi yang tidak pernah aku dengar seperti ubi itik , ubi badak dan tongkol, entah macam mana rupa pun aku tidak tahu . tu lah namanya rezeki yang mana sudah diketahui umum musim tengkujuh memang golongan pekebun getah tidak dapat menoreh dan dengan menjual ubi ini dapat menampung keperluan belanja dapur.

Lain pula pesennya di area kg aku ni pulak, bukan ubi yang dijual tapi ikan, time banjir ni ramai lah nelayan terjun menceburi bidang tangkap menagkap ikan ni , banyak ikan berharga mahal berkeliaran berenang2 mencari arus tenang disebabkan lubuk yang menjadi habitatnya berarus deras.Tu lah dinamakan rezeki , hendak seribu daya , taknak seribu dalih , rezeki ada dimana-mana kan .

Aku juga bersimpati atas nasib penduduk bukit antarabangsa yang mana kes landslide tu semuanya adalah dugaaan ALLAH S.W.T dan kita sebagai hamba yang kerdil redha atas dugaan tersebut dan kepada segelintir penduduk yang selalu merungut memarahkan anggota penyelamat kerana mendakwa anggota penyelamat sebagai kayu dan batu tidak menolong mereka semasa kesusahan merupakan orang yang selalu mengomen tidak tentu hala, Cuba kita bayangkan kalau puak2 tu tidak menolong ,mungkin lebih bertambah kesusahan yang akan ditanggung, Selama ini kini selalu hidup dalam keadaan selesa dan mungkin ini adalah dugaan yg perlu kita hayati dan kita jadikan ikhtibar pada masa-masa yang akan datang ,,,,,

Peringatan , Mungkin Negeri Pantai timur yg rendah akan mengalami bajir sekali lagi , aku syorkan sediakan payung sebelum hujan ...



1 comment:

dzul said...

time banjir ni ikan mmg banyak naik. kau tak join org kg menjaring?