Thursday, November 5, 2009
KAMI MAU PULANG
Berikut adalah beberapa cara yang paling tidak senonoh untuk mengulangkaji yang telah ku kaji selama beberapa saat yang lepas iaitu:-
a) Ahli yang terlibat perlulah tidak semuanya taiko, sebab kalau suma taiko tidak ada pulak perbincangan.
b) Seelok2nya ada dua orang yang amat pakar supaya jika ada kemuskilan maka perdebatan akan berlaku.
c) Nota perlu ada terlebih dahulu, jika nota dalam BI , kena ada seorang yang pakar dalam selok belok menterjemah dalam bahasa melayu supaya tidak timbul salah paham, bagi ku nota dalam bi lebih mudah untuk difahami.
d) Bilik atau kawasan untuk perbincangan perlu mempunyai sistem pengudaraan dan pencahayaan yang baik supaya lebih selesa.
e) Buat peta minda ketika mencatat nota kerana jika menyalin nota bulat2 input kurang.
f) Banyakkan persoalan dan pikir secara lebih kritikal.
g) Adakan minuman dan makanan ringan tp kalau yang merokok, elakkan merokok dikawasan perbincangan, menyebabkan kawan lain terbatuk.
h) Bincang tajuk dari awal supaya urutan sukatan pelajaran ada kaitan.
i) Bagi subjek yang tidak ada tip dr guru atau lecturer, bagus kiranya study berkaitan dengan pengiraan dan diikuti dengan prosedur
j) Bagi soalan yang melibatkan Kemahiran Berfikir secara Kretif dan Kritis(KBKK) setiap ahli buat huraian dan kawan yang lain semak sama ada betul atau tidak.
k) Elakkan dari kawan lain yang lebih pakar menyertai perbincangan group anda bagi mengelak anda tersaiko.
l) Jangan berbincang lebih dari 1 jam, baiknya rehat sebentar bagi mengelak stress
m) Tengok semula soalan lepas bagi mendapatkan hint soalan yang akan dijawap
n) Jangan membaca nota budak lain kerana menyebabkan anda terpesong dari tajuk subjek tersebut
o) Olah sendiri nota anda mengikut kretiviti kumpulan
p) Jangan terlalu mengharap tip dari lecturer kerana menyebabkan anda ambil mudah soalan dan malas nak tekankan bab lain ( ini hanya sesuai untuk beberapa subjek sahaja)
q) Jika anda tergolong dari golongan agak bodoh, jangan buat2 pandai, kena cari orang yang pandai untuk tunjuk ajar
r) Kepada yang pandai pula jangan pula kedekut ilmu, cuba samppaikan kepada kawan2 yang kurang kerana menambah ingatan anda ( jangan kedekut ilmu)
s) Jangan memandang rendah kebolehan orang lain kerana pandai adalah satu kemahiran yang subjektif.
t) Kepada kawan-kawan yang ada nota tambahan, sila kongsi dengan kawan.. Sesungguhnya kongsi mengkongs adala untuk kebaikan bersama.
u) Terdapat kawan yang lemah berkaitan pengiraan tapi handal berkaitan pengiraan, cuba saling bantu membantu
v) Jangan melihat markah terkumpul dari lecturer kerana jika anda mendapat markah rendah. Moral anda akan jatuh menjunan dan jika tinggi pula akan menyebabkan anda riak dan ambil sambil lewa.
w) Kepada kawan2 yang study last minit, aku syorkan buat perbincangan kerana ini lebih memudahkan penghafalan
x) Jika boleh tulis pada white board atau kalau yang kaya boleh guna LCD untuk catat hasil perbincangan.
y) Seeloknya jangan tidak tidur langsung. Elok walaupun 15 minut pada hari exam kerana jika tidak menyebabkan anda blurrr.
z) Dan terakhir, jangan bawa toyol dalam dewan peperiksaan, tidak elok,,, huhuh
Ini adalah sedikit tip yang aku amalakan .. Syukurlah apa yang anda dapat, jangan anda iri hati atas kecermerlangan orang lain,, sesungguhnya
DARJAT SESEORANG ADALAH MENURUT USAHANYA
Monday, October 26, 2009
budaya yang unik
Peristiwa : pelawanan bola
Tempat : Restoran Safiyah, Taman U (Kategori : kedai mamak)
Jumlah : kira 2000 orang tambah sedikit tempoyak)
Thursday, September 10, 2009
aduh pening betul
Saturday, August 15, 2009
HIKING KE GUNUNG STONG
Pemandangan yang memukau mata yang memandang
Tukang masak yang serba boleh
Indahnya kurniaan Bumi Malaysia
Diatas balak mati menuju ke puncak gunung
Aku penuh keinsafan
Santai dengan permandangan yang begitu indah
Team merah dalam kolam batu
Sempat ambil gambar tepi air terjum, jenihkan air yang mengalir
Dalam Gua Ikan
Sebelum berlepas dari UTM, Skudai.
Ini adalah beberapa gambar yang diambil semasa trip panjat gunung stong kelantan
Friday, July 17, 2009
KENANGAN PRAKTIKAL MEMAPAH EMOSI
MERANA LAGI , ANCAMAN MELAYU
Thursday, July 9, 2009
LATIHAN PRAKTIKAL AZM PERUNDING UKUR TAMAT
Banyak pengamalan telah diperoleh sepanjang aku menjalani latihan praktikal di AZM Perunding Ukur, Sepanjang 8 minggu aku disana, ku rasakan begitu singkat, walaupun singkat aku dapat juga berkongsi sedikit pengalaman disana, walaupun singkat benar bergaul dengan staf dan juga teman dari U lain, tapi dengan pengalaman mengajar aku tulis baca ( kenal pasal aktiviti ) yang berlangsung di firma, bukan sedikit rupanya kerja sebagai QS , boleh diibaratkan siang menjadi malam dan malam menjadi siang, jerih juga kalau aku, suatu hari nanti akan ditakdirkan menjadi seorang QS, lagi lintang pukang entah lah, tapi memang terdapat perbedaan antara kerja di kontraktor, firma dan juga kerajaan, tekanan sentiasa ada, tapi cara dan penyelesaian itu lah yang penting, aku pun teringin benar nk menamatkan pengajianku di UTM nih, malas pun ada, nak kahwin pun ada (( blm ada calon pulak)) , tapi terpaksa memendam rasa 1 tahun lg untuk bangkit keluar untuk mencari beberapa helai wang … aku juga sedar selama ini bukan prestasi kita diukur diperingkat pelajaran sahaja, tetapi sebenarnya alam belajar jauh berbeza dengan alam pekerjaan, tidak semestinya bijak dalam belajar Berjaya dalam pekerjaannya, tapi yang penting pandai mencari peluang dan juga pandai dalam mengatur cabaran tersebutt..
Sorry x leh tulis banyak ,,, bilik single aku ni berhabuk sangat < papalehhhh sakit hidung aku niiiiiii. Nk nyapu jappp, makcik cleaner ni x sapu sampah niii, maklumlah bilik baru nihhh, dulu ddk berdua skrg seorang …….
Friday, June 12, 2009
PRAKTIKAL MEMAMAH MASA REHATKU
Sunday, April 19, 2009
Thursday, April 9, 2009
SEDIH LAGI
Sudah lama tidak menulis, bkn apa, sudah dekat dengan time final exam, entahlah aku bln start lg study dan juga revision, sem lps aku berbeza tp sem in cukup lain. subjeknya suma br. aku merasakan subjek sem ini blh menjatuhkan aku jika silap perancangan. Sebenarnya malaysia masih gempar dengan tumbangnya dua bukit dan juga menangnya satu batang. Adakah rakyat buta dengan momokan pembangkang atau terlalu sayang kepada Nizar yang telah tersenyum lebar dengan kemenagnan nya dan juga gajinya semakin bertambah. uhuhuh manikumar juga mesti gembira , melonjak girang. DSI lagi lah tersenyum lebar. segala perancangannya selama ini menjadi, pengaruh Tun tidak lagi berbisa. aku pasti ianya agak terlambat dan juga pengaruh MP Taiping pandai mengaji kot. enntahlah , perak ni banyak kontrovesi kan akhir2 ni. Mungkin orangnya bijak pandai kot berbanding negeri-negeri lain. harap ianya akan berubah dan kepimpinan aka datang sedar hakikat ini dan percaya bahaya kita perlu keluar dari kepompong selesa. Isya Allah...
Nota Kaki-
Aku berada di dalam studio 1 B11
kelas ukur terakhir aku untuk sem ini
Friday, March 27, 2009
PERALIHAN BESAR
aku berdoa dan berharap panglima melayu itu dpt mengemudi dengan jayanya tanah tumpah kita ini, bukan mengharap tuah semata2 tp berusaha bersungguh2, hilangkan riak dan takkabur selama ini diamalkan, akar umbi rakyat memerhati gerak geri kita,
nota kaki,
kepada sahabat2 tahniah
konvo utm pd 28-30/03/2009
Friday, February 13, 2009
MENCARI PELUANG SELAGI ADA
Aku selalu memikirkan, memenung dan meneka bagaimanalah aku esok, seminggu, sebulan, setahun dan sedekad yang akan datang. Bagaimanakah aku? dan kerjaya apa yang akan aku ceburi?. Persoalan sebegini selalu membelenggu ruang mindaku.
Persoalan aku disini adalah soal kerjaya bagi tahun-tahun mendatang kelak. Mana baik antara bekerja dalan sektor kerajaan atau bekerja dalam sektor swasta. Bagi sesetengah ibubapa suatu ketika dulu terutamanya bg awal tahun 60an – 90an berpendapat,eloklah bekerja dengan kerajaan. Ayat klise yang selalu diucap “ awok kerja lah kerajaan , esok senang masa tua, kome ni dh merasa hidup susoh!”. Adakah ibubapa sekarang ini yg hidup dalam era baru ini masih beranggapan sebegitu rupa.
Petikan iklan TV bharian
“ sekarang dah lain , dunia dah maju”
Memang tidak dinafikan banyak pro dan kontra dalam memilih kerjaya bukan, Silap langkah buruk padahnya. Bagiku pulak soal kerja perlu mengikut minat dan peluang yang ada. Kalau sudah rezeki didepan mata, mahu kita menolak. Beberapa tahun sudah, ada beberapa kawanku terpaksa memilih bekerja sendiri disebabkan sudah berpatah arang untuk memohon kerja kerajaan ,
katanya , “aku doh puas memohon, berpuluh doh hadir interview, tapi tok dapat juga, nok buat cam mana lagi, noreh dan loding buoh jerlah, kurang-kurang boleh jugok mengeteh dan makan roti canei.”
Kalau dipikirkan memang kawanku ini telah berusaha tetapi mungkin dia kurang cable ( orang dalam ) ataupun kurang kelayakan akademik ataupun kurang keupayaan berkomunikasi. Alahai itulah dikatakan rezeki.
Bagiku soal memilih kerja inilah yang menjadikan ramai graduan sekarang ini menganggur, sedarkah kita kerajaan sekarang ini telah menyediakan berbagia kemudahan untuk menolong bumiputera menceburi bidang perniagaan sepertinya TEKUN, Skim Simpanan Mikro , Pinjaman Bank dan banyak lagi. Ditambah pulak dengan wujudnya koridor dinegeri-negeri sudah tentu bakal melahirkan IKS yang berdaya saing.
Mungkin juga pembabitan dalam sektor pertanian boleh mendatangkan keuntungan, apakata kita menternak rusa?, hee.heee macam manalah kertas kerja kumpulanku nanti yerrr, kepada sesiapa yang mempunyai maklumat atau teknik penternakan rusa secara komersial , bolehlah berkongsi dengan aku kkkkkkk
Nota kaki : Aku sebenarnya ingin menyiapkan proposal modul usahawan. Group aku memilih perniagaan penternakan rusa secara komersial. Heee nk buat gempak sikit, supaya lain dari perniagaan lain. Biarlah agak karut tapi sebenarnya yang karut itulah yang paling bernas . Segala komen dan cadangan aku terima dengan hati yang lapang dan perasaan yang rendah diri.( cita-cita petani jaya 2020)
Saturday, February 7, 2009
YES
Salam aku ucapkan kepada semua pembaca2 sekelian, bertemu untuk sekelian kalinya, Aku menulis untuk post ini untuk melepaskan ucapan kegembiraan yg bukan kepalang atas kemenangan BN keatas perak, haha, ni baru dikatakan sebagai rampasan kuasa, bukan main seronok aku tgk muka nizar ( mantan mb perak ) yg x tau malu tu yang enggan melepaskan jawatannya sebagai MB yg mengapalai Pakatan Rakyat perak yang aku ibaratkan “gila talak”, sebetulnya senario diperak tidak boleh aku ulas panjang lebar dek kerana aku sendiri kurang benar maklumat berkaitan dengan kekecohan yangberlaku.
Aku membaca dan
Ok, berbalik kepada kes diperak , persoalan yang timbul adalah semua yang berlaku bukanalah bermula dr gendang yang dipalu oleh BN terlebih dahulu, suma masalah adalah berpunca dr DSA yang kalau bercakap memang sedap tetapi maksud macam gampang, kerana kata2 nista yg terucap itu telah memakan diri sendiri, aku merasakan itulah pendangan patut perlu (bahasa pahang samaerti papaleh) yang aku tunggu2 , riak atas kuasa yang telah diperoleh sehinggakan Kanun Tanah Negara 1965[akta 56/1965] pun dipertikaikan dan membelakangkan kuasa raja perak, memang jelas suma ini adalah dr kuasa belakang yg dimainkan oleh DAP yg berjaya mempaksa MB menjadi boneka dan terpaksa melupakan suma janji manis(teringat lagu Aisah) ketika PRU12 lalu,
Aku ucapkan tahniah dan selamat kepada Dato Dr Zamri Kadir yang br dilantik oleh sultan perak menduduki kerusi empuk MB, semoga berjaya merubah lanskap politik perak dan mengembalikan pentadbiran dengan telus dan mantap dan tanpa korupsi.
Persolan yang timbul sebagai pengakhiran ?
1) Adakah IR mantan MB berundur
2) Adakah Toyota Camry 2.4 dipulangkan?
3) Adakah akan nyah dr kediaman rasmi MB?
Nota kaki : syabas dan tahniah perak , sekarang BN bekerja balik , aku bukan dr perak ,tp dr pahang , walaupun apa yg berlaku di perak , tp di pahang tetap kubu kuat BN, apa lg yg nk, bersykurlah selagi dapat hidup dengan aman dan damai, setidak2nya ada rumah untuk rakyat berteduh. Jgn takbur , mungkin kita sudah berasa selesa atas nikmat yg diberi sehingga lupa sejarah yang berlalu , kita dr golongan 3 gikers jgn lupa sejarah.
Daulat Tuanku , Taat Berpelembagaan!!!!!!!!!!!!!!
Friday, January 2, 2009
MEMAMAH KENANGAN
Sebelum aku berangkat ke Skudai ni, berat sungguh hati aku untuk meninggalkan kampung halaman yang nak kata maju tidak lah gak , boleh diibaratkan suam2 kuku maju jerr,
Banyak hobi ku tempang seketika disebabkan meneruskan pengajianku, Mungkin ramai member seangkaan tika cuti melancong kesana-sini tp aku ttp tidak kemana, terperuk je dirumah, mungkin ramai orang akan mengatakan time cuti sem inilah masa untuk berehat panjang, tp itu jawapan klise yang dh jemu aku dengar, aku sedikit lain dengan bdk2 lain, Banyak perkara yang telah aku isikan masa aku bagi membuang rasa bosan ku dirumah, maka berikut adalah beberapa perkara yang aku isikan untuk menghabiskan masa cutiku , ikuti beberapa catatan yang berlaku : -
1) Masa cuti tempoh ari aku menghabiskan masa menolong menjaga gerai ikan sangkar ayahku yang baru dibuka, memang ari pertama kurang memberangsangkan tetapi selepas itu kutipan jualan agak memuaskan average tiap2 ari dalam lingkungan RM150 dan keatas. Seronok jugak lepak2 bersama sedaraku yang turut menjaga sambil bermain daun trup. Huhuhu Stok ikan sangkarku terutamanya ikan patin sangkar juga sudah sengkek (maknanya habis) tinggal ikan Talapia Merah, Baung dan Ikan Patin Original Sahaja yang masih ada.
2) Masa cuti ni gak aku dapat meneruskan hobi ku mengail( bahasa standart memancing) Bukan memancing di sungai pahang yerrr tetapi anak sungai pahang iaitu sungai mai, cara popular untuk mengail adalah mengail sempat yang memang popular terutama untuk mendapatkan ikan terebung, ikan seluang(badar),ikan tebal sisik dan banyak lagi.Tentu orang yang bukan area sungai memang buta kayu kalau berbicara tentang mengail sembatkan.
3) Memang jadual aku di waktu malam juga agak menyeronokkan dimana dalam area jam 9.15 dan keatas aku dan rodong-rodong( kawan2) lepak2 dikedai Pak the Man ataupun kedai WIRA. Itulah area yang paling selamat diwaktu malam dikampung untuk berjumpa sahabat handai. Aku bukannye jenis melepak dilorong gelap atau merempit tp untuk menghilang dan bertukar2 idea dan beborak2 kosong.
4) Dan diwaktu cuti inilah aku membantu ayahku menyiapkan beberapa dokumen tender yang memang aku pernah terlibat ketika aku kerja dahulu, entahlah susah sekarang ini untuk mendapatkan projek baru. Harap2 dapatlah satu projek terutamanya dr JBA kerana selepas ini JBA akan diswastakan. Susah lah untuk bekerja sendirikan , nak jer kerja makan gaji, tak yah pening2, hujung bulan dapat gaji kan.
Itu lah beberapa kenangan yang dapat aku tulis sepanjang aku bercuti tempoh ari, memang suasana kita berbeza yang membuatkan kita pasrah dengan apa yang ada.
Aku juga telah lama tidak menulis dan membuka blog 2 yang agak top dan tidak perlulah aku tulis disini.
Nota kaki* Menulis di atas katil di Blok 18 KTR, yang mana alas tilam berwarna biru tua, aku br 4 br balik kesarang hahahhaha , Selepas ini aku akan kembali aktif untuk mencetuskan beberapa idea yang lintang pukang.