Aku selalu memikirkan, memenung dan meneka bagaimanalah aku esok, seminggu, sebulan, setahun dan sedekad yang akan datang. Bagaimanakah aku? dan kerjaya apa yang akan aku ceburi?. Persoalan sebegini selalu membelenggu ruang mindaku.
Persoalan aku disini adalah soal kerjaya bagi tahun-tahun mendatang kelak. Mana baik antara bekerja dalan sektor kerajaan atau bekerja dalam sektor swasta. Bagi sesetengah ibubapa suatu ketika dulu terutamanya bg awal tahun 60an – 90an berpendapat,eloklah bekerja dengan kerajaan. Ayat klise yang selalu diucap “ awok kerja lah kerajaan , esok senang masa tua, kome ni dh merasa hidup susoh!”. Adakah ibubapa sekarang ini yg hidup dalam era baru ini masih beranggapan sebegitu rupa.
Petikan iklan TV bharian
“ sekarang dah lain , dunia dah maju”
Memang tidak dinafikan banyak pro dan kontra dalam memilih kerjaya bukan, Silap langkah buruk padahnya. Bagiku pulak soal kerja perlu mengikut minat dan peluang yang ada. Kalau sudah rezeki didepan mata, mahu kita menolak. Beberapa tahun sudah, ada beberapa kawanku terpaksa memilih bekerja sendiri disebabkan sudah berpatah arang untuk memohon kerja kerajaan ,
katanya , “aku doh puas memohon, berpuluh doh hadir interview, tapi tok dapat juga, nok buat cam mana lagi, noreh dan loding buoh jerlah, kurang-kurang boleh jugok mengeteh dan makan roti canei.”
Kalau dipikirkan memang kawanku ini telah berusaha tetapi mungkin dia kurang cable ( orang dalam ) ataupun kurang kelayakan akademik ataupun kurang keupayaan berkomunikasi. Alahai itulah dikatakan rezeki.
Bagiku soal memilih kerja inilah yang menjadikan ramai graduan sekarang ini menganggur, sedarkah kita kerajaan sekarang ini telah menyediakan berbagia kemudahan untuk menolong bumiputera menceburi bidang perniagaan sepertinya TEKUN, Skim Simpanan Mikro , Pinjaman Bank dan banyak lagi. Ditambah pulak dengan wujudnya koridor dinegeri-negeri sudah tentu bakal melahirkan IKS yang berdaya saing.
Mungkin juga pembabitan dalam sektor pertanian boleh mendatangkan keuntungan, apakata kita menternak rusa?, hee.heee macam manalah kertas kerja kumpulanku nanti yerrr, kepada sesiapa yang mempunyai maklumat atau teknik penternakan rusa secara komersial , bolehlah berkongsi dengan aku kkkkkkk
Nota kaki : Aku sebenarnya ingin menyiapkan proposal modul usahawan. Group aku memilih perniagaan penternakan rusa secara komersial. Heee nk buat gempak sikit, supaya lain dari perniagaan lain. Biarlah agak karut tapi sebenarnya yang karut itulah yang paling bernas . Segala komen dan cadangan aku terima dengan hati yang lapang dan perasaan yang rendah diri.( cita-cita petani jaya 2020)
No comments:
Post a Comment