Saturday, February 7, 2009

YES

Salam aku ucapkan kepada semua pembaca2 sekelian, bertemu untuk sekelian kalinya, Aku menulis untuk post ini untuk melepaskan ucapan kegembiraan yg bukan kepalang atas kemenangan BN keatas perak, haha, ni baru dikatakan sebagai rampasan kuasa, bukan main seronok aku tgk muka nizar ( mantan mb perak ) yg x tau malu tu yang enggan melepaskan jawatannya sebagai MB yg mengapalai Pakatan Rakyat perak yang aku ibaratkan “gila talak”, sebetulnya senario diperak tidak boleh aku ulas panjang lebar dek kerana aku sendiri kurang benar maklumat berkaitan dengan kekecohan yangberlaku.


Aku membaca dan cuba memahamkan sepertimana maklumat yang diperoleh menerusi blog2 yang panas seperti malaysiakini, agendadaily, bharian, kosmo, utusan dan juga harakahdaily, rembau.net, kulitpisang,pemuda besut dan banyak lagi yang banyak aku bc . Aku mmg jenis yg membaca kerana untuk mengisi masa lapang, walaupun umur masih muda , tetapi kapasiti muda itulah perlunya aku mengetahui perkara2 yang berlaku dinegara yang dicintai ini, aku masih bengang kerana tempoh hari , ketika berada dlm kelas BI, seorang pelajar asing berasal dr iran, memperli secara sinis penduduk Malaysia kerana katanya , penduduk muda Malaysia buta politik , katanya di Iran umur masih belasan tahun sudah kenal erti politik , aku geram jerr nak gigit hidungnyer yg tercokoh badak itu, dek kerana gaya bahasanya seakan memperli bangsa melayu, tp kalau dipikir-pikirkan betul jugak kata2 pelajar iran tersebut. Megapa anak muda mula terpengaruh kepada pakatan yang bermata lebam tu? Adakah mereka termakan pujuk rayu yang mengajar bangsa derhaka ? ( Jawap sendiri, diam2 sudah)


Ok, berbalik kepada kes diperak , persoalan yang timbul adalah semua yang berlaku bukanalah bermula dr gendang yang dipalu oleh BN terlebih dahulu, suma masalah adalah berpunca dr DSA yang kalau bercakap memang sedap tetapi maksud macam gampang, kerana kata2 nista yg terucap itu telah memakan diri sendiri, aku merasakan itulah pendangan patut perlu (bahasa pahang samaerti papaleh) yang aku tunggu2 , riak atas kuasa yang telah diperoleh sehinggakan Kanun Tanah Negara 1965[akta 56/1965] pun dipertikaikan dan membelakangkan kuasa raja perak, memang jelas suma ini adalah dr kuasa belakang yg dimainkan oleh DAP yg berjaya mempaksa MB menjadi boneka dan terpaksa melupakan suma janji manis(teringat lagu Aisah) ketika PRU12 lalu,


Aku ucapkan tahniah dan selamat kepada Dato Dr Zamri Kadir yang br dilantik oleh sultan perak menduduki kerusi empuk MB, semoga berjaya merubah lanskap politik perak dan mengembalikan pentadbiran dengan telus dan mantap dan tanpa korupsi.


Persolan yang timbul sebagai pengakhiran ?

1) Adakah IR mantan MB berundur

2) Adakah Toyota Camry 2.4 dipulangkan?

3) Adakah akan nyah dr kediaman rasmi MB?


Nota kaki : syabas dan tahniah perak , sekarang BN bekerja balik , aku bukan dr perak ,tp dr pahang , walaupun apa yg berlaku di perak , tp di pahang tetap kubu kuat BN, apa lg yg nk, bersykurlah selagi dapat hidup dengan aman dan damai, setidak2nya ada rumah untuk rakyat berteduh. Jgn takbur , mungkin kita sudah berasa selesa atas nikmat yg diberi sehingga lupa sejarah yang berlalu , kita dr golongan 3 gikers jgn lupa sejarah.

Daulat Tuanku , Taat Berpelembagaan!!!!!!!!!!!!!!

2 comments:

mediumamat said...

banyaknyer persoalan bermain difikiran awok..
sampai KTN 1965 pun ada gak.. huhuhuhuhu........
sedey aku dgn awok.

Daddy said...

Salam...

Apa khabar sekarang?

Salam kemaafan... buat para pencinta silaturahim moga-moga tetap lah kaki di Sirotal Mustaqim itu walau jiwa meronta berdepan dengan seribu kepayahan...