Friday, January 2, 2009

MEMAMAH KENANGAN



Sebelum aku berangkat ke Skudai ni, berat sungguh hati aku untuk meninggalkan kampung halaman yang nak kata maju tidak lah gak , boleh diibaratkan suam2 kuku maju jerr,

Banyak hobi ku tempang seketika disebabkan meneruskan pengajianku, Mungkin ramai member seangkaan tika cuti melancong kesana-sini tp aku ttp tidak kemana, terperuk je dirumah, mungkin ramai orang akan mengatakan time cuti sem inilah masa untuk berehat panjang, tp itu jawapan klise yang dh jemu aku dengar, aku sedikit lain dengan bdk2 lain, Banyak perkara yang telah aku isikan masa aku bagi membuang rasa bosan ku dirumah, maka berikut adalah beberapa perkara yang aku isikan untuk menghabiskan masa cutiku , ikuti beberapa catatan yang berlaku : -

1) Masa cuti tempoh ari aku menghabiskan masa menolong menjaga gerai ikan sangkar ayahku yang baru dibuka, memang ari pertama kurang memberangsangkan tetapi selepas itu kutipan jualan agak memuaskan average tiap2 ari dalam lingkungan RM150 dan keatas. Seronok jugak lepak2 bersama sedaraku yang turut menjaga sambil bermain daun trup. Huhuhu Stok ikan sangkarku terutamanya ikan patin sangkar juga sudah sengkek (maknanya habis) tinggal ikan Talapia Merah, Baung dan Ikan Patin Original Sahaja yang masih ada.

2) Masa cuti ni gak aku dapat meneruskan hobi ku mengail( bahasa standart memancing) Bukan memancing di sungai pahang yerrr tetapi anak sungai pahang iaitu sungai mai, cara popular untuk mengail adalah mengail sempat yang memang popular terutama untuk mendapatkan ikan terebung, ikan seluang(badar),ikan tebal sisik dan banyak lagi.Tentu orang yang bukan area sungai memang buta kayu kalau berbicara tentang mengail sembatkan.

3) Memang jadual aku di waktu malam juga agak menyeronokkan dimana dalam area jam 9.15 dan keatas aku dan rodong-rodong( kawan2) lepak2 dikedai Pak the Man ataupun kedai WIRA. Itulah area yang paling selamat diwaktu malam dikampung untuk berjumpa sahabat handai. Aku bukannye jenis melepak dilorong gelap atau merempit tp untuk menghilang dan bertukar2 idea dan beborak2 kosong.

4) Dan diwaktu cuti inilah aku membantu ayahku menyiapkan beberapa dokumen tender yang memang aku pernah terlibat ketika aku kerja dahulu, entahlah susah sekarang ini untuk mendapatkan projek baru. Harap2 dapatlah satu projek terutamanya dr JBA kerana selepas ini JBA akan diswastakan. Susah lah untuk bekerja sendirikan , nak jer kerja makan gaji, tak yah pening2, hujung bulan dapat gaji kan.

Itu lah beberapa kenangan yang dapat aku tulis sepanjang aku bercuti tempoh ari, memang suasana kita berbeza yang membuatkan kita pasrah dengan apa yang ada.
Aku juga telah lama tidak menulis dan membuka blog 2 yang agak top dan tidak perlulah aku tulis disini.

Nota kaki* Menulis di atas katil di Blok 18 KTR, yang mana alas tilam berwarna biru tua, aku br 4 br balik kesarang hahahhaha , Selepas ini aku akan kembali aktif untuk mencetuskan beberapa idea yang lintang pukang.



3 comments:

rose said...

ooo...dah masuk sekolah erk...slamat belajo.baper cgpa??hehe

alif-mikail said...

whe!.. temerloh area mana? Koi Tmn Temerloh Jaya.. selamat kenal2

alif-mikail said...

bila nak update..

duduk johor la pulak.. aisey..