Sunday, January 31, 2010

Aku bukan pandai (dalam Duniaku)

Aku bukan pandai
Aku juga bukan pakar
Aku tidak dalam dunia ini
Aku didunia lain

Nak membuat tidak reti
Nak mengeji aku pandai

Berkata-kata senang
Membuat itu senang jika kita dalam tempat itu

Sedetik kita mendendan
Dosa itu tempatnya
Terasa juga hati jika dia merayu lagi

Tapi mahu menjaga hati susah
Jika kita free, dia pula buzy
Jika kita ajak keluar, dia pula bermasalah

Adakah aku yang lebih
Atau dia anggap itu adalah biasa

Tapi tidak salah aku sekadar mencuba
Dan akan terus mencuba
Dan mencuba

Terang-terang aku berusaha
Tapi adakah dianggap itu biasa
Adakah ayat ku tidak power
Tapi aku rasa ramai yang terasa

Cukuplah usaha itu, tapi usaha itu tidak terhenti jika ianya tidak tertutup..

entahlah : perasaan itu kembali selalu

Tuesday, January 5, 2010

LANGKAH MEMBAYAR HUTANG PTPTN

Post pertama untuk tahun 2010

Aku sentiasa memikirkan bagaimana untuk mendapatkan duit, aku merasa agak risau semakin hari duit dalam akaun bankku semakin merosot dari hari ke sehari, Bertitik tolak dari sini aku telah merangka beberapa tekbik atau cara untuk menambah pendapatan iaitu seperti dinyatakan seperti berikut : -

a)untuk itu aku merasakan langkah sesuai untukku adalah menanam pokok kelapa sawit di belakang rumahku, dengan tanah dalam anggaran 1 setengah ekar ditambah pula dengan rizab sungai Pahang aku mencongak boleh memuatkan dalam 100 pokok sawit,idea ini timbul semasa aku menyertai majlis ramah mesra mahasiswa anak Terengganu (permata) tempoh hari dimana MB ganu menyatakan galakan untuk menanam pokok sawit dikawasan rumah. Memanglah kalau dikira hasil dari jumlah 100 pokok itu tidak dapat mengeluarkan hasil melebihi nilai digit empat angka tapi sekurang-kurangnya dapat membayar ansuran kenderaan.

Tapi cuba bayangkan kalau orang felda seperti dijengka yang mempunyai 10 ekar tanah , tentu penat menjaga ladang bukan??. Bermula dari kerja membeli anak benih, menebas tebang semak samun, mengali lubang, meleneng dan menanam memang memenatkan. Current rate untuk kos menanam pokok boleh dikatakan Rm 2.00 ke rm3.50/pokok. Bayangkanlah orang tua berumur lebih dari 60 tahun perlu menanam pokok bagi keluasan 10 ekar ,,, papaleh lah jerih kan. Bukan setakat itu upah memotong sawit, meloading dan membaja juga agak tinggi. Kalau dibandingkan dengan tanaman getah pula tidak menjadi pilihan ku disebabkan tanah dibelakangku jenis berpasir dan dengan itu tidak sesuai untuk pokok getah kerana dikuatiri boleh menyebabkan pokok getah terbongkeeh ditiup angin.

b)Selepas aku tamat study , aku juga bercadang untuk membuat sangkar sedia ada dimana sangkar ikan ini aku akan mendesignkan berdasarkan kepada luas lapang arus disungai Pahang, sangkar ayahku sekarang berjumlah 11 sangkar dimana kos menyediakan sangkar yang bersaiz 12’X 10’ dan kedalam 6’ berharga rm 3800, jadi aku akan mengecilkan saiz kepada 6’X4’ dan kedalaman kepada 4’, aku hitung segulung kawat plastic segulung berharga RM450. Bagi mengurangkan kos, aku akan buat sendiri kerja-kerja menjalin dengan sangkar yang telah dikimpal, Reinforcement lebihan rumah akan aku sambung bagi menjimatkan kos untuk membeli bahan mentah tersebut.Ikan yang akan diternak adalah ikan sungai 2 sangkar, ikan tilapia 3 sangkar satu sangkar aku cuba ikan patin buah.

c) Buat masa sekarang pejabat hardware sudah siap di sebelah rumah aku , dan aku merancang akan membantu ayah dan etehku menjalankan perniagaan tersebut. Kos damn pembinaan bangunan tersebut dibuat sendiri dan segala facilities akan disediakan dari masa ke semasa. Bagi memudahkan segala kerja2 di pejabat tersebut, sebuah fordlid akan dibeli berharga RM 35,000.00 dan lori akan dibeli RM50,000.00 . dijangka modal yang diperlukan untuk permulaan RM 350,000.00.

d) Aku juga merancang ingin mendaftar lesen kontraktor dibawah kelas E. tetapi buat permulaan modal akan dipinjam dr ayahku. Aku akan membuat lesen pada tahun 2011 sebaik sahaja tamat study kerana minat dan sedikit asas dalam bidang pembinaan.


Perancangan aku ada beberapa lagi jenis perniagaan iaitu ternakan ikan salai, ternakan rusa dan juga tanaman pokok pisang yang dalam proses rangka kerja aku, sebahagian kertas kerja telah ada dan hanya perlu mencari modal .

Hutanh yang perlu dijelaskan selama 20 tahun aku iaitu :-

PTPTN diploma RM15,000.00 + RM 3500.00
PTPTM ijazah RM18,000.00 + RM 4000.00

Jumlah terkumpul RM 40,500.00 aduh banyaknya hutangggggg……