Wednesday, September 24, 2008

QS MENGIRA

QS MENGIRA LAGI

Post kali ini, aku ingin mengetengahkan tentang tajuk anggaran kos untuk sesebuah projek pembinaan. Untuk makluman semua , industri pembinaan ini adalah satu industri yang sesetengah orang mendefinisikan sebagai unik serta mencabar. Salah satu cabang kepada industri pembinaan adalah mengenai kaedah penganggaran kos. Ianya juga bergantung kepada jenis dan bentuk projek yang akan dibina.

Sebab yang utama adalah untuk mendapatakn kos yagn paling munasabah dan menguntungkan antara klien dan juga kontraktor perlaksana. Kadang – kadang penggaran kos yang dilakukan oleh QS dengan kontraktor agak berbeza dan juga penganggaran yang dilakukan oleh Jurutera juga agak berbeaza dengan QS. Mengapakah ini terjadi dan adakah asas ahli professional ini berlainan ataupun tujuan adalah berbeza – beza???.

Ok,aku akan menerangkan serba sedikit beberapa perbezaan cara pengiraan seorang QS dan Kontraktor bagi kerja penggalian tanah :

Bagi seseorang kontraktor kerja menghargakan kerja-kerja pengorekan RM/1m3 perlu dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelak kerugian jika terndernya disetujuterima, kerja pengorekan ini akan memberi gangguan kepada aliran tunai kontraktor kerana sumber kewangan terhad pada permulaan sesebuah projek,

Maklumat :
1) kerja penggalian peparit/lubang asas dan bawa keluar
2) Jenis jentera : Excavator
3) Kemampuan kerja bucket : 0.90 x 0.90 x 0.90 x 25nos @ 18.23MC per hari
4) Sewa per hari : katakan RM350
5) Jumlah tanah perlu dikeluarkan : 300MC

Oleh itu, maka : -

RM 350.00 / 18.23MC = RM19.20/MC

300MC X RM19.20/MC = RM 5760.00
Katakana keuntungan 10% = RM576.00

Maka : tender price = RM6336


Persolannya adakah pihak Kontraktor menambah kos bawa excavator ketapak, jika tidak kerugiaan akan lebih ketara dialami oleh kontraktor.Dan juga kontraktor tidak menghargakan pengangkut bawa keluar tanah .

Atau

Kita kena menghargakan kerja ini berdasarkan hari

Contoh adalah seperti berikut

1 hari kerja memerlukan 1 excavator dan 2 lori pengangkut

Kos sewa :

1 nos excavator per hari : RM 350.00
2 nos lori RM320 @ 2 nos : RM 640.00
Kos per hari : RM 990.00

300MC/18.23MC per hari ( excavator ) = 16 hr @ RM990.00 ( RM15,840.00 ) ( kena berdasarkan hr dan mengambil kita berapakah output semua jentera diatas per hari )
perhatian kos sewa loader perlu ditambah jika jarak tapak ke pusat penyewaan jauh , kadar sewa berlainan dan kadar sewa agak tinggi jika keadaan tapak dan jarak yang jauh.

Nota :
a) Kecekapan buruh – penggunaan masa dan jumlah bahan yang akan digunakan


b) Jenis Buruh – buruh tetap @kontrak

c) Penggunaan peralatan @ jentera – cepat atau lambat ( ambil kira luarjangka cth rosak atau hujan
d) Keperluan bahan binaan – keboleh dapatan , senag diperoleh atau jarak sewaan jentera ke tapak.


e) Semua logi biasanya termasuk upah operator pengendali

f) Jika jentera telah melaksanakan kerja ½ hr dan hujan turun maka kadar sewa tetap diambil kira sebagai 1 hari penuh


Cara kontraktor menghargakan kerja penggalian adalah berbeza -beza bergantung kepada skill dan ketereeeran seseorang heheheh

jika ada kaedah lain sila bagi bagi cadangan





Monday, September 22, 2008

TSUNAMI ERA 2008



Kalau kita pernah minum di gerai atau di kedai kopi, memang berbagai gelagat manusia dapat dirakam. Orang tua dengan lagak mudanya dan begitulah sebaliknya. Kaum hawa pun tidak kurang ligatnya. Si suami dengan gengnya dan isteri dengan geng pembuat ketupat bertauliahnya. Hahaha . itulah senario sekarang ini bagi menggambarkan bahawa malaysia ni negara yang aman dan makmur.Tapi masalah ini sedikit tegugat apabila berlaku tsunami PR12 dan juga kemenangan MP Permatang Pauh tempoh hari.

Kebelakangan ini , muncul sedikit kepincangan yang sidikit- sebanyak telah mengumbang ambingkan kerajaan kita sekarang. Tidak bersyukurkah rakyat Malaysia kini ??? atau hanya pandai menjadi pengipas VVIP atau kaki bodek pada pemimpin untuk mendapatkan keuntungan secara pribadi atau mengejar pangkat dunia semata.???.

Persoalannya sekarang wajarkah PM sekarang diturunkan @ kita terpaksa tunggu tahun 2010 menjelma barulah kita akan mendapat PM baru atau pun PM sekarang akan bertukar kepada PM PKR yang semakin yakin akan menuju ke putrajaya.Jika benar, agaknya bagaimanakah corak tadbir urus kerajaan yang gempar dengan manifesto Negara Berkebajikan yang akan dibentuk nanti akan tercapai sehinggakan Parti Sabah SAPP sanggup keluar dari BN semata-mata tetaktik dengan PKR.

Atau rakyat sekadar membangkitkan kerajaan sekarang supaya peka kepada kehendak rakyat dimana kesan kenaikan harga minyak tempoh hari memang memberi kesan buruk ibarat terkena pelempang JEPUN. Situasi ini sebenarnya menyebabkan rakyat tertanya., bingung dan pana adakah benar kerajaan sekarang begitu rapuh dan tidak lagi kuat seperti 2004 dulu sehinggakan ketika itu MP pembangkang boleh dikira dengan jari sahaja.

Rakan sebaya dengan aku juga sudah mula menyokong pihak lawan yang mana begitu tetarik dengan pernulisan blog atau bahan bacaan alternatif yang entah betul atau tidak isi kandungannya. Sejak Pak Lah memimpin negara , memang sudah diketahui umum sistem penyampaian maklumat ini agak bebas , tetapi ada segelintir yang menulis tidak mengikut etika ibarat seperti gerak tangan tidak bersambung dengan otak, seakan menulis hanya hendak menyedapkan berita . Adakah mereka ini mempunyai bukti kukuh atau hanya pandai memainkan isu-isu popular bagi meraih dan menarik golongan pembaca. Aku harap kita renung-renungkan sebab sebenar penahan 2 orang penulis blog tempoh hari mengikut ISA.Adakah wajar ???

Pak Lah juga terpaksa meredakan keadaan . Beliau terpaksa menukar portfolio kementeriannya kepada MP Pekan. Kalau kita rungkai sejarah lama , memang kementeriaan Kewangan adalah kementerian yang utama dan menetukan naik turun kestabilan Negara. Adakah ianya hanya satu gimik atau memang jelas peralihan kuasa akan berlaku akhir tahun ini atau kekal paha tahun 2010 nanti.

Akhir kata, apakah tujuan Muhyiddin mengkeritik bosnya sendiri
Dan dapatkan Che Det menyelamatkan dan memulihkan kembali kerajaan,
Renung-renungkan wahai rakyat Malaysia


Friday, September 19, 2008

MOH MELAWAT LAH WEHHH

MOH MELAWAT WEH

PART 2

Salam kepada semua, pada ruangan post kali ini aku akan menyambung tentang tempat2 menarik yg boleh kita kunjungi dinegeri pahang,

Kalau nak dihitungkan memang tidak terbilang banyak nye , hahaha , tu lah keistimewaan negeri yg tersohor dengan gelaran Negeri Tok Gajah ni,negeri heebat katakana , bukan kaya dengan hutan semulajadi malah banyak tempat yang belum dimajukan dan berpotensi untuk dimajukan demi menjayakan ECER pantai timur

Tempat -

1) Jeram Landok, - ni memang tersohor di kawasan pantai timur, terletak di pertengahan jalan dari jerantut ke kuala lipis, mmg tersohor tempat rawatan kecederaan patah tulang dan urutan tradisional. Biasanya pesakit dating dr selangor, kelantan dan ada jg dr luar Negara. Hahaha tok pawing biasanya menggunakan rawatan dr turun temurun dan menggunakan material semula jadi yang boleh terdapat dikebanyakan hutan di pahang.
2) Temerloh – daerah kedua terbesar yg terdapat di pahang , nk tau apa keistimewaan ialah tersohor dengan BANDAR IKAN PATIN, Kalau dibuat gulai masam tempoyak , peehhh papaleh sedak lah weh, bukan itu sahaja , kalau ditambah dengan isi rung memang poco air liur dibuatnye terutamanya di bulan pusanya , average rate sekarang aku rasa dalam RM 14.50 ke RM 15.00, Keistimewaan ikan patin patin yg terdapat di temerloh ni ialah mmg habitat yang paling sesuai dengan arus dan keadaan topografi semulajadi, rasanye mmg tidak sama dengan ikan patin kolan kerana kalau dimasak mmg tidak terasa lumpur dan enak kalau dimasak terus ketika ditangkap. KAlau nk lebih lanjut mengenai cara penternakan ikan patin akan aku ceritakan di post yg akan datang sb keluarga aku adalah salah seorang penternak ikan patin di bandaraya temerloh ni. Heee tp ingat jika anda sekeluarga makan terutamanye medan selera kat lenbah semantan tu baik Tanya dulu ikan patin tu kalau terkena ikan patin original hahaha mmg agak mahal harga lebih dari RM50.00 seketul,,, siap sedia lah dgn duit yg agak tebal hahaha.
3) Lubuk Wong – hahaa kalau x tau ni aku nk bagi tau, lubuk wong terletak di perkampungan orang asli di kawasan Kampung Pasu di kuala krau, Kalau nk tau suku kaum orang asli ni telah mengalami pembangunan dan telah bebas dr belenggu kemiskinan. Kalau org yg cintakan nature blh lah melawat ke situ, terdapat juga tempat penyelidikan hutan di situ yang dikelolakan oleh jabatan penyelidikan hutan . hahah apa lagi , x ade nk gi ker.
4) Kampung Paya Rajin- haha kalau org x tau paya rajin ni mmg tersohor dengan kawasan pertanian dan pertenakan , biasanya kalau time kenduri mmg ramai yang membeli kerbau dan lembu. Biasanay harga yg ditawarkan agak ekonomi dan boleh dinegokan lagi. Haha . satu lagi kalau musim buah , kg nil ah tempat menjadi tumpuan.
5) Institut Bioteknologi Haiwan Kebangsaan.terletak di KG Bukit Dinding. Mmg telah menjadi tempat penyelidikan haiwan dan mmg tempat bdk2 u praktikal. Hahaha untuk pengetahuan semua jika nk dapat tip penternakan haiwan blh lah dating melawat terutamanya bdk2 sekolah untuk memupuk semangat petani moden kelak.

Ok lah nanti aku selitkan lagi tempat 2 akan datng hahaha , bukan ape sekadar promote tempat sendiri , biar maju sikit tempat keh ninnnnnnnnnn
K tata.

Wednesday, September 17, 2008

PERCAYA KE???

ha ari ni 17 september.

Agak2 kerajaan ari ni tumbang ker.

td br aku tgk debat kat tv. huhu YB bebas x percaya ada peralihan @ rampasan, yb muar pun x percaya,
moderator dato ibrahim yahya pun berjaya mengawal keadaan tersebut.
aku pun nk tgk kalau berjaya rampasan kuasa secara aman, adakah parti bulan pun turut sama menyokong,
kalau berjaya, kawasan kinrara dah x leh azan dah , sb nk jaga persaan agama lain, tutut yg yb seputeh menuntut.

entah lah lps ni mcm mana plak yeee tindakan DSA nk buat, sblm ni ade plak 4 org pkr gi ke taiwan vkp nk kumpul tandatangan, sedar2 rupanya just berselisih diatas udara je ngan yb BN.

Kalau pun gitu mungkin sb yg masih bermain 2 difikiran rakyat,

adakah semua ini akan memajukan negara @ sebaliknya , sama 2 kita lihat,
rakyat nk hidup aman dan damai supaya wawasan 2020 akan tercapai, dan mungkin akan lebih awal dr jangkaan asal

Saturday, September 13, 2008

DEME MOH MELAWAT WEH

PART 1

Huhuh , kalau waktu malam gini , sunyi je kan waktu orang beristirehat, kalau org tua mmg dah nk masuk tido time gini tapi ,bg anak muda remaja mcm aku ni manalah biasa nk tido awal , hehe

Semalam aku ade gak tertengok berita, apa dah jadi ngan politik Malaysia ni , tp mls lah nk menulis pasal politk ni bosan ,, balik2 isu rampas kuasa , ari ni aku nk bincang psl lainn pulak lah, ape kata kite pikir psl tempat bersejarah plak, tp just di jajahan pahang je lah,

Kalau kita tgk mmg banyak yg blm kite teroka kan, tidak semua yang aku boleh coretkan.
Satu yg agak unik ialah dr segi alam sekitar, budaya dan seni

Keistimewaan tempat

1) Lata Manau – haha mmg org luar x tau kat mana lata manau kan ( terletak 14km dr pecan kuala krau, terletak di kg paya sok, agak cantik dan kemudahan disediakan seperti jalan raya berturap ( jenis macadam) , surau, tempat salin pakaian dan lain , diketuai oleh ketua kg tompat mail , sila lah dating.
2) Gunung senyum – kalau nk tau byk peningalan yg boleh diperoleh , kalau nk gi ke sana boleh menaiki jalan raya dan kalau nk lebih cepat blh lah naik bot penambang ke rumpun makmur, ,mungkin hujung thn ini jambatan kuala krau akan siap , kos lebih RM 60 juta ,suma tu pun atas berkat yb adu jenderak dan yb parlimen. Pemandangan mmg cantik
3) Taman Negara ( terletak di jerantut) – tersohor di luar dan dlm Negara , blh melakukan berbagai aktiviti , contoh menaiki jambatan gantung Canopy walk way, menyusuri sg tahan dgn bot panjang tembeling.Kalau nk tau lbh lanjut hubungi pusat perlancungan pahang. Mmg tersohor gile lah dan yg agak unik boleh melawat suku kaum orang asli batek yg tinggal masih secara nomad.
4) Kg bukit Ketupat , nama pun dh lawak kan iaitu sejenis makan tradisional. Disana blh melawat kubur kerabat sultan ( aku pun kurang tau kat sana ) tp yg pasti mmg ade peniggalan sejarah kat sn , aki aku asl jati kg bukit ketupat sblm berhijrah ke Kg kuala Mai yg aman dan makmur
5) Mentakab – mmgkin ramai yg x tau apa keistimewaan mentakab kan , kalau nk tau mentakab ni mmg terkenal dengan pusat semenanjung Malaysia, disana ada dibina batu tanda yang didina zaman penjajah.
6) Homestay- ada di jengka – yg aku tau Jengka 25 mmg selalu ambik anak angkat. Kalau nk tau cr potong sawit @ chock sawit bleh melawat kesana. Rodong kawan pun ramai kat sana.
7) Temin – ade perusahaan membuat tembikar dan kraftangan. Mmg terkenal seantero jerantut, temerloh dan jajahan sekitar.
8) Pulau Tawar – juga di jerantut, ada kubur pahlawan melayu, Mat Kilau, JGN X TAU ,PENDEKER DI PAPALEH HEBAT LAH WEEEH...


Untuk keistimewaan yg lain akan menyusur kemudian, mungkin byk lagi yang unik AKAN MENYUSUL , kalau ade cadangan kongsi ngn aku mungkin aku terlepas pandang

KkkK selamat bersahur aku ucapkan, pose jgn x pose yeee

Monday, September 8, 2008

MIMPI BODOH

Salam ….

HU ingatkan aku mlm 2 ari lps dh dpt kerajaan br,
Ari tu jg aku ingat harga minyak turun,
Ari tu jg aku ingat Pah Turun Tahkta,
Ari tu juga aku ingat suma di subsidi kerajaan,
Kerajaan sekarang penuh korupsi.

Maklumlah dalam pakatan rakyat semua di halalkan ,
Maklum lah skrg DSA kata parti asas perkauman tidak lagi raliven,
Tuan Guru Nik aziz Ckp skrg UMNO tidak lg raliven sb rakyat dh pandai , bukan sogokan pembangunan asas kepercayaan.
DSA ckp rakyat dpt kerajaan baru 16 september ni akan ada perubahan di putrajaya.
MB Perak ckp bg 400 hekta untuk SJKC Cuma nk Bantu tambah ekonomi sekolah.

Kabinet Br DSA

PM DSA
T.PM 1 ( KApal Karam)
T.PM 2 Siang Ikan
TPM 3 Tresa KOK

Huhu tu suma angan2 , jgn mudah termakan kata 2 tersebut , ketuanan melayu akan tergugat jika rakyat berpaling imam sekarang ini, td baru tau seorang YB Sabah digugurkan sb x sah jd MP, glora semakin menganas.Pilihanraya Kecil diadakna ,dlm bulan ni jgk . sama yg menang sama2 kita saksikan!!!!!

Huhu, semakin byk kerusi semakin takbur , bongkak, tak pula tau bersyukur dibulan puasa, sedikit 2 hak org melayu telah tergugat, aku pening gak mcm mana org melayu boleh pilih DAP . huhu x phm aku, bodoh tolol btl lah org tersebut. Aku pun x paham mcm mana org bulan boleh sokong sangat DAP. Bulan ckp untuk mencapai Kerajaan Berkebajikan , persahabatan dgn Dap diboleh kan . huhuh,

Skrg pun Tan Sri DR KOh pun sudah melenting ,Gerakan memberontak, manakan tidak just 2 MP yg menang. Huhuh aku pun x kisah , Gerakan tidak sekukuh dulu , Presiden pun tersembam, nasib baik ade kuli yg menang , tu pun nk berkok lebih…

Aku mau lihat sejauh mana janji pakatan rakyat itu terlaksana, DSA ckp dpt pujuk 40 kerusi MP sabah dan Sarawak masuk pembangkang. Adakan reality itu termakbul.
Yg pasti MP pasir MAs x sertai, dan yg pasti suma Timbalan Menteri x sertai dan yg pasti kebanyaka dr mereka gi bercuti. Huhuhh

Satu lg, masa Pak LAh turun harga minyak br ni , ckp x bersyukur lg, kalau dia x rurun langsung, marah gak tu pun abis dh Pakar Ekonomi yang bg idea. Aku rasa org yg ckp tu kalau aku Tanya psl ekonomi bukan pun tau, setakat harga sawi naik boleh lah tau,,,

KAh kah2 apakah kesudahan KES SAiful Bukhari???
KAh2 apakah kesudahan rasuah Dato’ Nalla(magnum) 60 juta terhadap DSA….
CKp mereka itu suma mainan media arus perdana,,, aku rasa alasannnnnnnnn semata.

Harapa aku untuk POST in penantian selepas ini akan menjadi kenyataan @ tidak kita tunggu dan lihat kesudahannya….