Wednesday, June 25, 2008

TAMAT

ari ni ari terakhir aku bergelar staf di syarikat ibra construction, berat gak nk berhenti berkhidmat kat sini, tp apa nk buat , aku perlu memilih antara dua keputusan yang bapok payoh nk buat, kalo nk pikir memang lah berpino mata dan telinga ni , tp aku memilih utk meneruskan pembelajaran aku , mungkin ada hikmah disebalik kepayahan aku ni kan,
br skg aku phm, pengalaman pun penting dan kelayakan akedemik pun penting jg,
aku akan cuba sedaya yg aku mampu, kalau aku ditakdirkan tidak dpt meneruskan pengajianku , aku jg perlu memilih jalan yg terbaik utk aku pilih, memang lah kalau dipikirkan duit boleh dicari tp ilmu tu jarang2 jg ada peluang yg terbentang di depan mata,
selepas ini , maybe blog aku ni kurang aktif selepas ni ,tp aku akan terus mengupdate jika ada kelapangan ,,,v kkk byeee. wakaka

Wednesday, June 18, 2008

Jelas

Aku tunggu , aku lihat , aku dengar , jam kul 11 mlm 17.6.2008
aku tertekan button tv aku yg agak besar tu , rupanaya bincang bab petronas nk bgnkan kerajaan

aku tgk 4 org panel 1 Dato Johan , Tan Sri CEO pertonas dan 2 wartawan
masa tu aku tertarik time tan sri tu dihujani bertalu2 soalan 2 maut yg kalau terkena cuping telinga pun akan bernanah

tp aku tgk tan sri yg jg minyak tu releks je, walaupun masa tu muka dia dh berkerut tua , cam x de bende pun terjadi,

dgn fakta yg bernas , langsung x tgk nota yg dibawa untuk menjawap soalan dr pihak yg jg tepi kain org tu lah ( wartawan) yang mana satu persatu dijawab ,tanpa cacat celanya, sesekali je terpaksa tgk nota sebab nk tgk angka yang puluh ribu juta leman yang kalau dgn jari tangan dan kaki pun x terkira,

dlm ati aku tan sri minyak ni memang tau apa yg dia buat, org cerdik katakan , bukan boleh hentam je, kalo yk kubang kerian kelate tu boleh lah ckp merapu je, lain soal , lain jawab, masa debat yg sama sebelum tu,

br aku phm besar tanggungjawap tan sri minyak tu nk urus minyak malaysia ni , ni dh bg rm 0.30 subsidi pun masih x bersyukur,

tp cita tu x leh panjang sb jam dh dekat 11.59 mlm dh ,,,

kk tata tutu titi tetek

bak kata pepatah

nk haram kan sekandang babi
rupanya 100 juta ringgit bg makan babi di sepang
haaaa hidup pakatan rakyat , hidup sekawan babi.

Tuesday, June 17, 2008

SEKADAR PENDAPAT

Assalamualaikum, berikut adalah soalan kepada permasalahan yang sedang berlaku kepada warga Politeknik setelah sekian lama, disini aku coretkan sedikit kemuskilan yang macam - macam. kawan ku dr politeknik ungku omar telah meluahkan sedikit idea yg boleh dikongsikan .........

Di sini AKU ingin meluahkan kekecewaan terhadap sistem yang diguna pakai pada masa kini untuk pengambilan pelajar ke peringkat IPTA. Apa yang menyedihkan ialah graduan dari politeknik dianggap sebagai calon terakhir untuk dipilih. Contohnya, ada yang mendapat CGPA 3.50-3.80 tetapi ditolak untuk pemilihan peringkat pertama di universiti-universiti seperti UM, UKM, UTM, dan UPM. Apa yang lebih menyedihkan lagi ialah pelajar-pelajar dari jurusan STPM dan Matrikulasi yang mendapat bawah CGPA 2.9 ditawarkan tempat tersebut. Kemudian, atas kerana kursus diploma telah "diswastakan" dan diberikan kepada kolej-kolej swasta dalam jumlah yang tidak terkawal dan kuantiti yang banyak, maka pengambilan pelajar-pelajar dari kolej swasta ini diutamakan tidak kira berapa jumlah CGPA yang mereka dapat. Adakah adil apabila pelajar dari Politeknik yang mendapat CGPA 3.6 ke atas disamakan dengan CGPA 2.4 dari kolej swasta? Tidakkah ini satu bentuk penindasan dan ketidakadilan yang berlaku oleh pegawai yang diberikan amanah oleh kerajaan? Sudahlah ditolak dan perlu merayu, ramai rakan-rakan saya dihantar ke bekas kolej universiti seperti UTEM, UNIMAP dan UITTHO walaupun harapan mereka adalah untuk memasuki IPTA lain yang menjadi impian mereka selama ini.

Saya telah cuba mengadukan perkara ini kepada Bahagian Pengambilan Pelajar (BKP) Kementerian Pengajian Tinggi tetapi tidak mendapat layanan dan ditolak atas kerana saya bukanlah seorang yang berstatus Dato/Tan Sri/Tun atau mempunyai pertalian dengan mana-mana pegawai tinggi negara. Malah e-mail saya juga tidak pernah dibalas oleh pegawai-pegawai ini. Alasan yang diberikan semasa membuat rayuan dahulu ialah kami perlu bekerja 3-5 tahun dahulu, sistem yang digunakan telah dibuat oleh orang atasan dan tidak boleh diubah, universiti yang membuat pengambilan, dan apa yang lebih menarik, aku telah ditegur oleh seorang pegawai BKP di mana AKU tidak boleh memilih universiti-universiti yang terkenal dan hanya layak ke UTEM, UNIMAP, dan UITTHO. Bukanlah niat AKU untuk mengeruhkan keadaan tetapi adalah atas kerana ia adalah tidak adil untuk mengetepikan graduan dari Politeknik yang mana kita semua tahu golongan ini telah banyak membantu membangunkan negara dan telah melahirkan tokoh-tokoh yang berjaya. Adakah salah untuk kami menyambung pelajaran di universiti impian kami? Dan hinakah kami sehingga kami disamakan dengan pelajar-pelajar jurusan lain yang lemah?Banyak lagi luahan rasa yang ingin disampaikan di sini, tetapi cukuplah sampai di sini.

Adalah menjadi harapan AKU meluangkan sedikit masa dan dapat memberikan AKU peluang untuk meluahkan dan menunjukkan beberapa bukti yang telah AKU kumpul mengenai kelemahan dan ketidakadilan yang berlaku pada masa kini agar perkara ini tidak berlaku kepada graduan Politeknik pada masa hadapan. Dan terima kasih kerana mencipta suatu ruang dan memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyampaikan harapan mereka yang selama ini tidak pernah didengari oleh pegawai-pegawai atasan atas kerana tidak mempunyai status apa-apa.

Assalamualaikum.Berikut pula adalah jawapan dari unit yang dipanggil BPKP(Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar) yang baru diterima pada hari Jumaat yang lepas .. cukup simple dan cukup menarik untuk tatapan .DASAR PENGAMBILAN BAGI KELAYAKAN SETARAFDalam Proses pengambilan Lepasan Diploma untuk Program Ijazah Pertama di IPTA, kebanyakan yang diterima masuk adalah layak untuk kemasukan ke tahun kedua program tersebut berasaskan kepada pemindahan kredit. Dengan ini pemilihan mereka dilakukan secara berasingan dengan kumpulan lepasan STPMdan Matrikulasi. Bilangan tempat yang disediakan tidak temasuk dalam bilangan tempat pengambilan lepasan STPM/Setaraf. Lepasan Diploma dalam bidang kejuruteraan yang dipilih untuk program ijazah Pertama Kejuruteraanberkenaan adalah contoh bagi kes ini. Mereka layak untuk pemindahan kredit dan akan terus ketahun kedua.Bagi Lepasan Diploma yang memohon ke Program Ijazah Pertama dalam bidang yang berlainan dan tidak layak untuk pemindahan kredit, maka mereka terpaksa bersaing untuk kemasukkan ke tahun pertama.

Dengan ini pemilihan mereka akan bersama calon Lepasan STPM dan Matrikulasi. Dalam kes ini Lepasan STPM dan Matrikulasi akan diberi keutamaan. Contoh untuk kes sebegini adalah Lepasan Diploma Sains yang memohon Program Ijazah Pertama Kejuruteraan. Mereka hanya layak ke tahun pertama, dan dengan ini mereka perlu bersaing dengan lepasan STPM dan Matrikulasi.Sekian, terima kasih~PPTM~Persoalan yang telah dikemukakan tidak dijawab dengan tepat dan keluar daripada skop perbincangan. Begitu mudah sekali jawapan mereka yang digelar sebagai penjawat awam yang telah diberikan amanah untuk menjaga kepentingan rakyat Malaysia dari segi pendidikan dan kebajikan pelajar . Sama ada mereka tidak memahami soalan ataupun sengaja mengelak untuk menjawab keseluruhan soalan. Apakah ini jawapan yang biasa digunakan apabila berhadapan dengan ibu bapa dan juga pelajar-pelajar Politeknik ini yang telah dinafikan hak ke IPTA? Berapa lamakah perkara ini telah berlaku dan berapa ramaikah graduan Politeknik yang telah digagalkan untuk ke IPTA hanya semata-mata mereka bergelar warga Politeknik? Apa gunanya apabila mendapat keputusan cemerlang tetapi dihadkan kemasukan ke universiti-universiti teknikal? Sekiranya benar universiti yang bukan asalnya daripada bidang teknikal adalah benar-benar untuk yang terbaik dan cemerlang, mengapa pula terdapat para pelajar dari jurusan lain yang hanya mendapat CGPA 2.9 ke bawah di sana?Sekiranya benar pelajar politeknik perlu melalui sesi persaingan dengan pelajar STPM dan Matrikulasi, mengapa pula pelajar Politeknik yang mendapat CGPA 3.3 ke atas tidak mendapat tempat manakala pelajar STPM/Matrikulasi yang mendapat bawah CGPA 3.0 diberikan tempat malah dalam pemilihan pertama? Sepatutnya pemilihan dilakukan secara adil dan berdasarkan merit. Bukan sahaja pelajar Politeknik yang tertindas, malah peluang bagi pelajar-pelajar diploma swasta dari kolej yang diberikan akreditasi LAN dinafikan juga hak mereka malah adalah lebih teruk dan terus tertutup. Di mana meritokrasi yang diperkenalkan suatu ketika dulu yang dikatakan adil dan saksama dan lebih baik dari sistem kuota orang Melayu? Benarkah ia adalah adil dan bukankah atas kerana ia adalah kerjasama politik di mana Matrikulasi dipelopori orang Melayu dan STPM dikuasai orang bukan Melayu? Maka tidak ada lagi rungutan yang sering didengar kerana ia adalah dapat menyeimbangkan komposisi kaum di universiti. Tetapi sekiranya benar perlunya persaingan yang adil,

apakah CGPA 3.5 pelajar Politeknik tidak layak untuk disamakan dengan pelajar STPM/Matrikulasi yang hanya mendapat di bawah CGPA 2.8? Mengapa pelajar jurusan tersebut tetap diutamakan? Malah pelajar politeknik ini hanya layak ditimbangkan untuk pengambilan kedua. Apakah rasional di sebalik perkara ini?Setujukah anda dengan tindakan ini? Bolehkah anda menerima sistem yang digunapakai pada masa kini?Anda tidak berpuas hati? Mempunyai cadangan lain? Untuk itu, adalah diharapkan kepada mana-mana warga Politeknik dan juga rakyat Malaysia yang prihatin dengan permasalahan ini sama-sama membantu untuk menyediakan satu jawapan balas yang lebih baik, bermakna, dan formal untuk dihantar kepada pihak Kementerian tersebut dalam masa 1-2 minggu ini kalau boleh..Sekian, terima kasihP/s: Aku memerlukan e-mail mana-mana pertubuhan parti politik, NGO, pertubuhan pelajar, media, atau mana-mana individu yang aktif di dalam pendidikan untuk dihantar salinan jawapan dan meminta mereka untuk menilai permasalahan ini . Kepada ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Seluruh Malaysia, diharap anda sedia maklum mengenai perkara ini, dan diharap mula bertindak membantah ketidakadilan ini.

Perjuangkan hak anda"

BERLEPO - LEPO

HM kembali,,,

salam diucapkan kepada semua

hampir seminggu aku x meng update blog aku ni , tika ni pun aku memikir dan menanti apa isu yg aku ingin bangkitkan,
ohhhh isu yb lompat katak yg heboh sekarang ni BEST GAK,, aku br ingat kira 1 -2 bln lepas heboh di kedai kopi , blog, tingkap umah mak bedah tentang yb bn nk keluar dr komponen bn,

entah dr mana bukti bukti konkrit dpt digali tp aku tgk , pemain utama penasihat pakatan rakyat yang lebam biji mata tu lah yg beriya2 nk meng iyakan situasi itu, aku agak nk sgt jd PM kot , @ buang tebiat nk mampus kot.

masa tu , ramai yg tertanya sama betul @ tidak, aku tgk pak imam celup belepo - lepo ( bhs phg bermaksud bersunguh2) menjual tempoyak dikedai 2 kopi tentang isu ini, aku br teringat masa aku minum teh tarik kat kedai kopi 2 hr lepas, pakcik leman bukan nama sebenar, berjaya menjual tempoyaknya berkati2 , ni sedikit petikan yg aku berjaya catat dalam PDA yg aku selitkan dipinggang aku masa tu

isu 1- ha tgk deme undi dacing , tgk sekarang minyak naik
isu 2 - ha tgk sekarang , nk beli makanan pun susah , ha makan pasir je lah

dalam hati aku pek leman di kene penerajang aku kang, dh lah keja pun jd kuli x bersyukur langsung...

dan ada lah beberapa isu lg yg aku malas nk tulis yang agak merepek je aku dgr,

dlm hati aku , bodoh betul pak leman tu , jelas aku tgk dia tu dah lah bodo tp berjaya plak memperbodohkan orang yang sedikit bodoh,,

nk tau situasi sebenar blh gi kat kementerian halk ehwal pengguna , dia ada pegawai pemantau harga,, nk tgk graf barang tu,,, tgk biar terkeluar biji mata tu,,

aku tgk , 2 hr lepas berpusu- pusu jgk serbu pos opis nk ambik wang, ha tgk betapa pakarnya pihak pemerintah , mereka tu bukan nye bodoh, dh beratus pegawai yg memiliki PHD merangka dasar tu, tu je lah jalan yang bagus lagi baik nk pilih,,,, tujuan nk apungkan nilai ringgit...


langkah aku akan diteruskan semula..
petang ni aku nk pasang telinga lg bukan pak leman je, malah pak ramle pun aku nk dgr..

teh tarik satu.
tamat....
NOTA : TEMPOYAK BERMAKSUD ( MENGUMPAT)
BERLEPO - LEPO ( MERSUNGGUH2 MENPERTAHANKAN HUJAHNYA)

Wednesday, June 11, 2008

MOH KITE MOH

Salam ,

topik yg aku nk kogsi ari ni psl bhs pahang,

sapa nk berkawan, berkawin @ menetap di pahang perlu belajar bahasa loghat orang tempatan

disini aku selit kan beberapa bhs yg boleh dipelajari, sekadar bantuan ///////

saya - aku, koi, kaawaeh, keah

awak - deee, awok

mereka - deme, wokme

kehulu - kulu

ke hilir - kilee

bersurai - beransur

tidur - mereloh

bergerak @ bergerak menaiki bot ke hulu - mudik

laju - mencanak, berdesuk

paling - papaleh woh

kawan - rodong , teman

tangga bertali - sigeee

orang - orang @ patung yang dipasang di kebun - selayut

berdolak dalik- berkecapi ( kelakuan yang cepat - kilang kabut )

tipu - kelat

termenung @ habit - dono

menebas semak samun - merepeh

membuat jajaran untuk menanam pokok - meleneng

memotong pelepah pokok - beroneee

tali @ rotan yang di jalin untuk menjadi tali - simpee

itu sahaja yang boleh di selitkan


selamat belajarrrrrrr . HM

Monday, June 9, 2008

TENANGNYA ORANG KAMPUNG

kembali bersua....

aku tinggal di kampung, kg aku best ,nk cakap ulu x lah sgt, nk kata bandar pun x juga, tk aku tau ,,, rezeki dimana jua boleh dicari, rakan - rakan aku suma sibuk mencari kerja di bandar2 besar, kalo kwn2 aku jumpa ngan aku suma bg business card, masing2 pegang jawatan tinggi,, tp aku x kisah ,

masing2 bw keta besar, ada yg pakai kereta import , aku x kisah, aku pun ada gak kereta, tp .....jenama Proton Saga jeeee, tp tu pun dh dicat br , nanti aku lampirkan jika ada masa,,, uppp itu kereta abg aku lahhh , x kisah lah kereta sedara mara aku jgk kan, br semalam aku tlg fmly aku pasang pagar kat kebun , letih lah gak , tp itu lah kehidupan di kg... kwn2 aku ckp keja kt bandar best, life dia berbaza ,tp aku x kisah... bgs gak kwn2 aku ada yg kerja kt bandar , kalau aku sesak2 ada hal kat kl bleh gak tunjuk2 jalan , aku ni x berapa pandai jalan 2 kt kl tu sesak gila, bertingkat2 aku mana tau, ,,,tp aku x kisah,

aku tgk life kt bandar memang pelik, nk beli bhn masakan suma kena duit, malah nk cr daun kari pun kena beli, yg ni aku kisah sikit, kt kg aku , berlambak bleh dpt, kt belakang umh tok aku sepohon daun kari boleh dapat,

sewa umh kt kg murah je, aku ada satu rumah sewa , aku bg sewa RM150 je sebulan, tp kt bandar RM500 tu kira murah lah ddk pun dekat 10 orang teman, kat kg aku bleh kira suma sedara mara, msing2 hormat menghormati ,kt bandar lain , ko - ko ,aku - aku,,,,lu - lu gua - gua,, kan pelik tu

kat kg kalo kenduri buat gotong royong , tp kat bandar kenduri buat bufet je, entah lah aku rasa x meriah langsung ,kenduri macam kat kedai makan je.,... tp nk wat cam mana , ni satu lagi

belakang umah aku ada sungai pahang , byk ikan , boleh mancing ,tp kat kl nk kenal sg pun susah , aku tgk macam longkang besar , ,haha

nasihat aku kalo kita org kg pun bleh gak cr makan , boleh tanam sayur-sayuran dan macam 2 lg,,,

last sekali jgn pandang hina org kg mcm aku ni ,,, bukan merendah diri , org macam akulah akan mengurangkan penduduk dibandar.dan meramaikan org kg...tp aku sokong gak kepimpinan sekarang , kerajaan sekarang sudah menajukan kg aku , mcm 2 diaorang buat,,, aku harap pilihanraya 13 nanti aku akan sokong kerajaan sekarang ini......

jumpa lagi dilain kali.... selamat membaca

SAHABAT LAMA

Kepada suma sahabat aku yang masa belajar di PKB Kelantan , aku ucapkan selamat datang dan aku alu-alukan komen dan cadangan dalam blog ini, mungkin dapat dikongsi untuk kesejahteraan rakyat malaysia, blog aku ni bebas membincangkan semua isu-isu semasa sama ada politik , sukan , cerita rakyat dan lain lain sekiranya dipikirkan perlu..............

Ini adalah luahan orang kampung di Kuala pahang ,
ayat orang pahang ...
air sungei mengalir deras,
melanggar batu di tebing jeram,
mudik kehulu membeli beras,
minyak naik lagi lah geram.

hak cipta terpelihara, muat turun perlu minta kebenaran ( HM)




TIP PEKERJA BARU

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi menjengah kedalam blog aku ini , maklumlah ni baru pertama kali aku menulis , sememangnya agak melucukan kepada para pembaca , tp ingat jgn plak gelak , x baik tau,,

aku br sahaja bekerja, (PEJAM CELIK DH MASUK 6 BULAN) nak cakap pandai x lah sgat tp boleh la buat sedikit kerja, kerja pun kuli je, mungkin ramai di luar sana baru sahaja mendapat kerja kan , mungkin terlalu awal mendabik dada dengan jawatan yg disandang , mungkin dah selesa duduk di kerusi empuk yg di beri gaji lebih 4 angka , tp sebelum riak dan takbur terbuak2 , satu soalan aku nak lontarkan , pertama boleh ke buat kerja, 2 boleh ke keluarkan arahan yang melulu padahal orang bawahan lagi pandai dengan bos, bila kuli soal balik mula lah terkebil2 nak jawap. mula la malu ,,,,,,,

aku nk kongsi sedikit tip bagaimana nak bergaul dengan rakan sekerja di tempat baru.

langkah 1
datang awal , kalo setakat 30 minit lewat tu dimaafkan ....>

langkah 2
mula datang opis tolong lah punch card pekerja yang mintak tolong ( pandai2 lah nak hidup)
kalo kantoi , ckp tersilap punch alasan rabun ke, tempat gelap ke

langkah 3
kalau x tau tanya orang , jgn buat2 tau

Langkah 4
kalau bos tanya boleh ke buat, jawab , boleh nanti saya cuba, jgn sesekali jawab saya x tau

Langkah 5
kalo keluar minum , belanjalah sekali sekala, jgn tiap2 kali plak ,buget2 la ye

langkah 6
kena baik dgn CC di pejabat tu

Langkah 7
Jgn terlalu lurus bendul. ikut je ckp orang , kang jg kuli plak, pandai2 lah menyesuaikan diri dengan keadaan semasa

Langkah 8
aku syorkan ikutlah cadangan aku ni yeee.

* perhatian mungkin terdapat sesetengah cadangan diatas tidak berapa sopan , mungkin anda boleh abaikan mengikut kesesuaian anda
JUMPA DI LAIN KALI

HUHU MINYAK LAGI

Terasa jugak lak dengan kenaikan harga minyak sekang , nk isi minyak RM 10 dapat 3 liter lebih je,, tp apa nak buat , terima je lah, kalau kita buat taking off list boleh dilihat seperti dibawah ini : -

Kos / hari

Minyak kerete RM 20.00 ( perjalanan pergi balik kerja about 40 km )
Sarapan pagi RM 3.00
Makan Tengah Hari RM 6.00
Surat Khabar RM 1.50 (berita harian)
Minum Petang RM 3.00
Lepak malam RM 3.00

Ha tu blm termasuk kos lain2 , RM 20 + RM3 + RM6.00 + RM1.50 + RM3.00 + RM3.00 = RM 36.50

addition cost + rokok dunhill RM 5.90, assigment bg student RM15/hr

RM 36.50 + RM5.9 + RM15.00 = RM57.40

Bayangkan kalo hari kerja 26 hari sebulan

RM57.40 X 26 = RM1492.40 . Kos Keseluruhan

Kalo dikira secara detail ( belum lagi termasuk sewa rumah , pinjaman loan, kereta dan bil elektrik , air dan lain2

renung2 kan harap buat re taking off bagi sesuaikan dengan pendapatan kita

Friday, June 6, 2008

coretan kisah baru bermula

kisah baru bermula di saat ini .....
sagala yang di garap di dalam blog ini tidak menyutuk orang tp hanya nk kongsi sedikit kritikan dan pandangan ,,, sehala kesilapan didahului dengan ampun dan maaf>