Friday, September 19, 2008

MOH MELAWAT LAH WEHHH

MOH MELAWAT WEH

PART 2

Salam kepada semua, pada ruangan post kali ini aku akan menyambung tentang tempat2 menarik yg boleh kita kunjungi dinegeri pahang,

Kalau nak dihitungkan memang tidak terbilang banyak nye , hahaha , tu lah keistimewaan negeri yg tersohor dengan gelaran Negeri Tok Gajah ni,negeri heebat katakana , bukan kaya dengan hutan semulajadi malah banyak tempat yang belum dimajukan dan berpotensi untuk dimajukan demi menjayakan ECER pantai timur

Tempat -

1) Jeram Landok, - ni memang tersohor di kawasan pantai timur, terletak di pertengahan jalan dari jerantut ke kuala lipis, mmg tersohor tempat rawatan kecederaan patah tulang dan urutan tradisional. Biasanya pesakit dating dr selangor, kelantan dan ada jg dr luar Negara. Hahaha tok pawing biasanya menggunakan rawatan dr turun temurun dan menggunakan material semula jadi yang boleh terdapat dikebanyakan hutan di pahang.
2) Temerloh – daerah kedua terbesar yg terdapat di pahang , nk tau apa keistimewaan ialah tersohor dengan BANDAR IKAN PATIN, Kalau dibuat gulai masam tempoyak , peehhh papaleh sedak lah weh, bukan itu sahaja , kalau ditambah dengan isi rung memang poco air liur dibuatnye terutamanya di bulan pusanya , average rate sekarang aku rasa dalam RM 14.50 ke RM 15.00, Keistimewaan ikan patin patin yg terdapat di temerloh ni ialah mmg habitat yang paling sesuai dengan arus dan keadaan topografi semulajadi, rasanye mmg tidak sama dengan ikan patin kolan kerana kalau dimasak mmg tidak terasa lumpur dan enak kalau dimasak terus ketika ditangkap. KAlau nk lebih lanjut mengenai cara penternakan ikan patin akan aku ceritakan di post yg akan datang sb keluarga aku adalah salah seorang penternak ikan patin di bandaraya temerloh ni. Heee tp ingat jika anda sekeluarga makan terutamanye medan selera kat lenbah semantan tu baik Tanya dulu ikan patin tu kalau terkena ikan patin original hahaha mmg agak mahal harga lebih dari RM50.00 seketul,,, siap sedia lah dgn duit yg agak tebal hahaha.
3) Lubuk Wong – hahaa kalau x tau ni aku nk bagi tau, lubuk wong terletak di perkampungan orang asli di kawasan Kampung Pasu di kuala krau, Kalau nk tau suku kaum orang asli ni telah mengalami pembangunan dan telah bebas dr belenggu kemiskinan. Kalau org yg cintakan nature blh lah melawat ke situ, terdapat juga tempat penyelidikan hutan di situ yang dikelolakan oleh jabatan penyelidikan hutan . hahah apa lagi , x ade nk gi ker.
4) Kampung Paya Rajin- haha kalau org x tau paya rajin ni mmg tersohor dengan kawasan pertanian dan pertenakan , biasanya kalau time kenduri mmg ramai yang membeli kerbau dan lembu. Biasanay harga yg ditawarkan agak ekonomi dan boleh dinegokan lagi. Haha . satu lagi kalau musim buah , kg nil ah tempat menjadi tumpuan.
5) Institut Bioteknologi Haiwan Kebangsaan.terletak di KG Bukit Dinding. Mmg telah menjadi tempat penyelidikan haiwan dan mmg tempat bdk2 u praktikal. Hahaha untuk pengetahuan semua jika nk dapat tip penternakan haiwan blh lah dating melawat terutamanya bdk2 sekolah untuk memupuk semangat petani moden kelak.

Ok lah nanti aku selitkan lagi tempat 2 akan datng hahaha , bukan ape sekadar promote tempat sendiri , biar maju sikit tempat keh ninnnnnnnnnn
K tata.

No comments: