Tuesday, October 28, 2008

QS MENGIRA LAGI, PART 2

Salam.

Sebelum ini aku selalu mengkritik dan mengetengahkan pendapat aku tentang pelbagai perkara yang berlaku dlm Negara kita dan kadang-kadang menyentuh hal-hal politik yang sedang bergolak dan kadang-kadang menyentuh tentang masalah yang ditanggung masyarakat dan hal yang seangkatan dengan nya, tp itu hanyalah sekadar insan kerdil yang peka terhadap isu-isu semasa, walaupun bukan dari golongan atasan tp mungkin luahan rasa peringkat akar umbi inilah yang perlu diambil perhatian .

Post kali ini , aku akan beralih angin untuk menulis berhubung dengan teknik mengharga kan kerja-kerja pembinaan dinding bata yang perlu dimiliki oleh setiap kontraktor atau penganggar bangunan. Walaupun teknik dianggap remeh dan selalunya kontraktor hanya meletakkan harga pukal tp setidak-tidaknya perlu mempunyai sedikit kemahiran terutamanya jika berlaku fluctuation harga dan boleh dijadikan asas rundingan harga semasa proses perbincangan untuk mendapatkan agreed rate.

Description
Common brickworks in clay bricks in cement and sand (1:6) : -
113mm thk brickwall reinforced with exmet at every fourth course (m2)

a) maklumat kerja
1. Kerja bata daripada tanah liat
2. Motar 1:6
3. 113mm tebal dinding
4. Exmet pada setiap lapisan ke-4

b) kos kerja bata / buruh – 1 x tukang bata, 1 x buruh Am
RM 7.50/m2

c) Kos bahan (assump)
1. bata – RM 0.50/pcs
2. simen – RM 16.00/beg(50KG)
3. pasir – RM 140/lori
4. Exmet – RM 24/gulung (100’)

d) Pengiraan Kadar Harga
1. Bata (1ms = 62 biji)
RM 0.35 x 62 biji = RM 21.70

2. Simen ( 1m2 = 6.86kg )
(RM 16.00 x 6.86kg) / 50kg = RM 2.20

3. Pasir ( 1m2 = 0.04MC )
(RM140 x 0.04) / 5MC = RM1.12

4. Exmet ( 1m2 = 3 layer )
( RM24 x 3.281 x 3 layer ) / 100kaki = RM 2.36


JUMLAH = 1 + 2 + 3 + 4 ( RM 27.38 )

Pembaziran (katakan 5%) = (RM 27.38 x 5%)
= RM 1.37

Kos kerja = kos upah + kos bahan + pembaziran

= RM 27.38 + RM 6.5 + RM 1.37
= RM 35.27

Profit ( katakan 20 % ) = (RM35.37) X 20%
= RM 7.00

Maka harga kerja bata bagi 1m2 = Kos kerja + profit
= RM 42.27 @ RM 42.50

Nota : -

- Bagi dinding yang menggunakan exmet, harga agak tinggi berbanding dengan dinding biasa.
- Untuk mendapatkan harga semasa , sila tukar kan rate bahan dan upah seperti mana keadaan semasa.
- Pengiraan ini hanyalah alternative kepada pengiraan sebenar yang memerlukan QS membuat rujukan secara terperinci . Just untuk asas kontraktor
Post yang berikutnya, aku akan menulis bagaimana pengiraan sebenar yang diamalkan oleh QS untuk membuat pelarasan harga sebelum kontrak kontraktor disetujuterima (award)

Selamat mencuba…………….



1 comment:

Redz da Tsar said...

Huhu...
Macam rumit jer jadi QS nie...
Banyak sgt Nombor...