Tuesday, June 17, 2008

SEKADAR PENDAPAT

Assalamualaikum, berikut adalah soalan kepada permasalahan yang sedang berlaku kepada warga Politeknik setelah sekian lama, disini aku coretkan sedikit kemuskilan yang macam - macam. kawan ku dr politeknik ungku omar telah meluahkan sedikit idea yg boleh dikongsikan .........

Di sini AKU ingin meluahkan kekecewaan terhadap sistem yang diguna pakai pada masa kini untuk pengambilan pelajar ke peringkat IPTA. Apa yang menyedihkan ialah graduan dari politeknik dianggap sebagai calon terakhir untuk dipilih. Contohnya, ada yang mendapat CGPA 3.50-3.80 tetapi ditolak untuk pemilihan peringkat pertama di universiti-universiti seperti UM, UKM, UTM, dan UPM. Apa yang lebih menyedihkan lagi ialah pelajar-pelajar dari jurusan STPM dan Matrikulasi yang mendapat bawah CGPA 2.9 ditawarkan tempat tersebut. Kemudian, atas kerana kursus diploma telah "diswastakan" dan diberikan kepada kolej-kolej swasta dalam jumlah yang tidak terkawal dan kuantiti yang banyak, maka pengambilan pelajar-pelajar dari kolej swasta ini diutamakan tidak kira berapa jumlah CGPA yang mereka dapat. Adakah adil apabila pelajar dari Politeknik yang mendapat CGPA 3.6 ke atas disamakan dengan CGPA 2.4 dari kolej swasta? Tidakkah ini satu bentuk penindasan dan ketidakadilan yang berlaku oleh pegawai yang diberikan amanah oleh kerajaan? Sudahlah ditolak dan perlu merayu, ramai rakan-rakan saya dihantar ke bekas kolej universiti seperti UTEM, UNIMAP dan UITTHO walaupun harapan mereka adalah untuk memasuki IPTA lain yang menjadi impian mereka selama ini.

Saya telah cuba mengadukan perkara ini kepada Bahagian Pengambilan Pelajar (BKP) Kementerian Pengajian Tinggi tetapi tidak mendapat layanan dan ditolak atas kerana saya bukanlah seorang yang berstatus Dato/Tan Sri/Tun atau mempunyai pertalian dengan mana-mana pegawai tinggi negara. Malah e-mail saya juga tidak pernah dibalas oleh pegawai-pegawai ini. Alasan yang diberikan semasa membuat rayuan dahulu ialah kami perlu bekerja 3-5 tahun dahulu, sistem yang digunakan telah dibuat oleh orang atasan dan tidak boleh diubah, universiti yang membuat pengambilan, dan apa yang lebih menarik, aku telah ditegur oleh seorang pegawai BKP di mana AKU tidak boleh memilih universiti-universiti yang terkenal dan hanya layak ke UTEM, UNIMAP, dan UITTHO. Bukanlah niat AKU untuk mengeruhkan keadaan tetapi adalah atas kerana ia adalah tidak adil untuk mengetepikan graduan dari Politeknik yang mana kita semua tahu golongan ini telah banyak membantu membangunkan negara dan telah melahirkan tokoh-tokoh yang berjaya. Adakah salah untuk kami menyambung pelajaran di universiti impian kami? Dan hinakah kami sehingga kami disamakan dengan pelajar-pelajar jurusan lain yang lemah?Banyak lagi luahan rasa yang ingin disampaikan di sini, tetapi cukuplah sampai di sini.

Adalah menjadi harapan AKU meluangkan sedikit masa dan dapat memberikan AKU peluang untuk meluahkan dan menunjukkan beberapa bukti yang telah AKU kumpul mengenai kelemahan dan ketidakadilan yang berlaku pada masa kini agar perkara ini tidak berlaku kepada graduan Politeknik pada masa hadapan. Dan terima kasih kerana mencipta suatu ruang dan memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyampaikan harapan mereka yang selama ini tidak pernah didengari oleh pegawai-pegawai atasan atas kerana tidak mempunyai status apa-apa.

Assalamualaikum.Berikut pula adalah jawapan dari unit yang dipanggil BPKP(Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar) yang baru diterima pada hari Jumaat yang lepas .. cukup simple dan cukup menarik untuk tatapan .DASAR PENGAMBILAN BAGI KELAYAKAN SETARAFDalam Proses pengambilan Lepasan Diploma untuk Program Ijazah Pertama di IPTA, kebanyakan yang diterima masuk adalah layak untuk kemasukan ke tahun kedua program tersebut berasaskan kepada pemindahan kredit. Dengan ini pemilihan mereka dilakukan secara berasingan dengan kumpulan lepasan STPMdan Matrikulasi. Bilangan tempat yang disediakan tidak temasuk dalam bilangan tempat pengambilan lepasan STPM/Setaraf. Lepasan Diploma dalam bidang kejuruteraan yang dipilih untuk program ijazah Pertama Kejuruteraanberkenaan adalah contoh bagi kes ini. Mereka layak untuk pemindahan kredit dan akan terus ketahun kedua.Bagi Lepasan Diploma yang memohon ke Program Ijazah Pertama dalam bidang yang berlainan dan tidak layak untuk pemindahan kredit, maka mereka terpaksa bersaing untuk kemasukkan ke tahun pertama.

Dengan ini pemilihan mereka akan bersama calon Lepasan STPM dan Matrikulasi. Dalam kes ini Lepasan STPM dan Matrikulasi akan diberi keutamaan. Contoh untuk kes sebegini adalah Lepasan Diploma Sains yang memohon Program Ijazah Pertama Kejuruteraan. Mereka hanya layak ke tahun pertama, dan dengan ini mereka perlu bersaing dengan lepasan STPM dan Matrikulasi.Sekian, terima kasih~PPTM~Persoalan yang telah dikemukakan tidak dijawab dengan tepat dan keluar daripada skop perbincangan. Begitu mudah sekali jawapan mereka yang digelar sebagai penjawat awam yang telah diberikan amanah untuk menjaga kepentingan rakyat Malaysia dari segi pendidikan dan kebajikan pelajar . Sama ada mereka tidak memahami soalan ataupun sengaja mengelak untuk menjawab keseluruhan soalan. Apakah ini jawapan yang biasa digunakan apabila berhadapan dengan ibu bapa dan juga pelajar-pelajar Politeknik ini yang telah dinafikan hak ke IPTA? Berapa lamakah perkara ini telah berlaku dan berapa ramaikah graduan Politeknik yang telah digagalkan untuk ke IPTA hanya semata-mata mereka bergelar warga Politeknik? Apa gunanya apabila mendapat keputusan cemerlang tetapi dihadkan kemasukan ke universiti-universiti teknikal? Sekiranya benar universiti yang bukan asalnya daripada bidang teknikal adalah benar-benar untuk yang terbaik dan cemerlang, mengapa pula terdapat para pelajar dari jurusan lain yang hanya mendapat CGPA 2.9 ke bawah di sana?Sekiranya benar pelajar politeknik perlu melalui sesi persaingan dengan pelajar STPM dan Matrikulasi, mengapa pula pelajar Politeknik yang mendapat CGPA 3.3 ke atas tidak mendapat tempat manakala pelajar STPM/Matrikulasi yang mendapat bawah CGPA 3.0 diberikan tempat malah dalam pemilihan pertama? Sepatutnya pemilihan dilakukan secara adil dan berdasarkan merit. Bukan sahaja pelajar Politeknik yang tertindas, malah peluang bagi pelajar-pelajar diploma swasta dari kolej yang diberikan akreditasi LAN dinafikan juga hak mereka malah adalah lebih teruk dan terus tertutup. Di mana meritokrasi yang diperkenalkan suatu ketika dulu yang dikatakan adil dan saksama dan lebih baik dari sistem kuota orang Melayu? Benarkah ia adalah adil dan bukankah atas kerana ia adalah kerjasama politik di mana Matrikulasi dipelopori orang Melayu dan STPM dikuasai orang bukan Melayu? Maka tidak ada lagi rungutan yang sering didengar kerana ia adalah dapat menyeimbangkan komposisi kaum di universiti. Tetapi sekiranya benar perlunya persaingan yang adil,

apakah CGPA 3.5 pelajar Politeknik tidak layak untuk disamakan dengan pelajar STPM/Matrikulasi yang hanya mendapat di bawah CGPA 2.8? Mengapa pelajar jurusan tersebut tetap diutamakan? Malah pelajar politeknik ini hanya layak ditimbangkan untuk pengambilan kedua. Apakah rasional di sebalik perkara ini?Setujukah anda dengan tindakan ini? Bolehkah anda menerima sistem yang digunapakai pada masa kini?Anda tidak berpuas hati? Mempunyai cadangan lain? Untuk itu, adalah diharapkan kepada mana-mana warga Politeknik dan juga rakyat Malaysia yang prihatin dengan permasalahan ini sama-sama membantu untuk menyediakan satu jawapan balas yang lebih baik, bermakna, dan formal untuk dihantar kepada pihak Kementerian tersebut dalam masa 1-2 minggu ini kalau boleh..Sekian, terima kasihP/s: Aku memerlukan e-mail mana-mana pertubuhan parti politik, NGO, pertubuhan pelajar, media, atau mana-mana individu yang aktif di dalam pendidikan untuk dihantar salinan jawapan dan meminta mereka untuk menilai permasalahan ini . Kepada ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Seluruh Malaysia, diharap anda sedia maklum mengenai perkara ini, dan diharap mula bertindak membantah ketidakadilan ini.

Perjuangkan hak anda"

2 comments:

Rahimin Idris said...

aik, mana email mamat yang x puas hati tu?ko x letak ke?

Admin said...

hurm..rasanya macam pernah baca je kandungan emel ni... di mana ya.. :D

erm.. aku rasa jawapan yang diberikan memang dah tepat tu.. sebab dah dinyatakan, jika dari diploma yang berlainan, dan meminta degree yang lain pula, surela kena bersaing dengan pelajar STPM/Matriks.. rasanya jawapan tu dah tepat..

berkenaan dengan jawapan ke atas program diploma yang sama, kan dah dinyatakan akan dimasukkan ke tahun kedua.. bermakna ada pengecualian di situ untuk tahun pertama.. cuma mungkin isunya adakah bilangan transfer kredit itu sama dengan x-dip U? rite?

anyway, spt rahimin idris.. nk tau jugak emel dan nama orang tersebut, at least boleh majukan emel beliau hantar dan jawapan emel yang beliau terima kepada pihak yang berkenaan untuk dirujuk semula.. selain kita boleh masukkan bersama keluhan beliau yang beliau tulis itu...at least isu yang sebenarnya dapat ditangani dengan sewajarnya oleh pihak yang berkenaan :)